Perginya seorang Mat Lenggang | Life Is a Word

klik sini untuk keistimewaan berganda

klik sana sini..

Tuesday, June 14, 2011

Perginya seorang Mat Lenggang

Alhamdulillah..masih bernyawa lagi aku dalam menjalani kehidupan sebagai anak rantau..harapan semoga korang sihat sejahtera..

Tiga hari lepas, aku mendapat satu berita dari facebook teman aku yang menyatakan Mat Lenggang sudah kembali ke rahmatullah..Innalillah..

Untuk pengetahuan semua, orang yang aku gelarkan dengan Mat Lenggang ini seorang yang suka senyum. Payah untuk aku beritau korang siapa dia..

Al-fatihah untuk allahyarham Mat lenggang

Melihat kepada gambar di atas, tentu sekali korang tidak percaya jika aku begitau sebenarnya arwah Mat Lenggang tidak normal seperti kita..dia menghidapi gangguan mental/ kurang waras seperti orang lain..Aku tak pasti pula kenapa arwah Mat Lenggang menjadi begitu..

Walaupun arwah Mat Lenggang menghidapi penyakit sedemikian, tetapi tidak sekalipun arwah mengganggu dan menakut-nakutkan orang di sekelilingnya..arwah seorang yang suka berjalan ke sana dan ke mari dan yang pasti tiada arah tuju..sampai sekarang aku tidak tahu nama sebenar arwah Mat Lenggang..


Boleh dikatakan, orang Perlis mesti akan kenal dengan Mat Lenggang. Jika penat berjalan, arwah akan menyinggah di mana-mana rumah untuk meminta air minuman..Begitulah riwayat hidupnya serba sedikit..

Pastinya, berita kematian arwah akibat lemas selepas pulang dari kenduri kahwin mengejutkan orang ramai terutamanya orang Perlis..Aku pernah mendengar satu ungkapan, orang yang kurang siuman atau sindrom down akan memilih air untuk jalan terakhir hidupnya..korang setuju tak?
pot pet husz ;Semoga roh arwah Mat Lenggang dicucuri rahmat oleh pencipta-NYA..semoga arwah tenang di sana..Amin..Al-Fatihah...

22 juta orang bersetuju!!:

CGG said...

salam takziah

redza said...

janjinya dgn tuhan dh sampai. al fatihah utknya

sahromnasrudin said...

alfatihah utk arwah....

p/s: cantik no follower 666

KAMIHIDUP said...

al-fatihah.

Ati Masrif said...

al-fatihah

balik kampung rupanya

org perlis...abg ipar kak ati
pun org sana :)

Daddy Ziyyad said...

ya, byk kes yg saya dengar sendiri, kurang siuman/masalah mental, mereka meninggal lemas..Allah lebih Mengetahui..

Seksi Bani said...

alfatihah...

sedih pulak aku bila baca benda ni... walau tak kenal pun Abg tu..

kayrul-shah said...

al fatihah...kat tempat kayrul pun ada gak orang macam tue...

Nasriq said...

orang gila terpelihara dari dosa... betul kan kan kan?

Mutiara Bernilai said...

al fatihah,,

beruntung dia,,tidak di hisab,,

abglan said...

Sentiasa ada insan yg perihatin... Alhamdulillah

HonEyBuNNy said...

Al-Fatihah...

Lya Colours said...

al-fatihah

Hans said...

salam takziah
al-fatihah untuk allahyarham

Penangan Superstar Rajnikanth Pada Pekerja - Pekerja Di India

faiz said...

insyallah org yg kurang siuman ditempatkan di syurga..al-fatihah..

ieda said...

alfatihah buat arwah .. syurga tenmpatnya .. amin

pasal pilihan air tuu akak kurang pasti tapi akak ada jugak org mcm nie di kg akak tapi dia meninggal sbb jatuh dan kena sawan "B" terus meninggal .. sedih jugak sbb dah ramai yg kenal dia ..

JARI YANG TERBARAI said...

takziah... hmmm kalo nak mati atas katil pon boleh mati, x kire mana tempat pon... ngko ckp die suke senyum ek? orang yang siuman plak yg susah nak sedekah senyum kan...

Roza Ami Nanomiya said...

al fatihah

bunga said...

al-fatihah..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

hope beliau ditempat kan dalam golongan orang yang beriman

Liza Razak said...

takziah...saya pernah dengar cerita pasal mat lenggang ni dr husband saya.die org perlis

KUREKURE COMEL said...

alfatihah..time mina blajor kat perlis dulu....ada jgk dgr cerita tntng arwah ni....hhhmmm....

klik lagi la..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin