HusNaLaliNk Official Blog

Wednesday, 20 February 2019

Pengalaman VIVA VOCE Ph.D

Sebelum aku terlupa sebaiknya aku coret di sini..(coretan santai)

Assalamualaikum..

Semoga korang baik-baik saja ya..
Antara pengalaman paling manis yang mahu aku kongsi untuk tahun 2018, Alhamdulillah segala puji yang Maha Baik semua untukNYA atas segala rahmat dan nikmat. Syukur aku panjatkan.

19 Oktober 2018, Jumaat penghulu segala hari, inilah tarikh keramat yang Sekolah Pengajian Siswazah emel pada aku dan buat aku tak lalu makan, tak lelap tidur, tak mampu untuk buat apa-apa hanya mampu menelaah tesis saja. Nampak teruk tapi memang teruk pun.

Dua minggu awal aku dapat emel, hidup jadi serba tak kena, kesian suami dan anak aku sebab terkena tempias ni tapi mujur suami aku faham. Syukur sangat! ini bukan main-main ini jihad aku yang terakhir sebagai pelajar selama bertahun-tahun aku belajar.. Jadi cuak aku berada pada paras paling maksima.

Agak lama juga tempoh menunggu tarikh viva voce ni, jadi banyak perlu aku revise keseluruhan tesis, ada kawan-kawan yang sudah lepas Viva cadang untuk aku khatam tesis sebanyak 5 kali. Tapi aku hanya khatam 2 kali sahaja, bukan tak sempat tapi aku rasa nak muntah baca banyak-banyak hahahaha...

Dalam tempoh itu juga, aku cuba akrabkan diri kepada Allah, dulu akrab juga tapi kalini bertambah akrab, doa pun semakin panjang, air mata jadi peneman sebab hanya Allah saja tempat aku mengadu dan DIA sahaja yang mampu ubah segala benda. Semua solat aku buat, Tahajud, Hajat, Taubat, Dhuha dan yang penting ikhlaskan hati dan minta baik-baik pada DIA! 

Aku ralat juga sebenarnya, dulu jarang buat terutamanya tahajud tapi bila dah kena macamni baru kerap buat dan nak ingat dia. Tak baik kan aku? Korang jangan ikut macam aku tau. Semoga aku berubah. sobs sobs.😒

Tiba hari kejadian, pukul 8 aku dah tercongok depan Sekolah Pengajian Siswazah. Aku ada nampak seorang Prof yang aku kenal, dan tak sangka memang dia adalah salah seorang daripada pemeriksa-pemeriksa dan tak berapa lama lepas tu supervisor aku pulak datang. Makin hampir jam 9 aku di panggil masuk ke bilik keramat. Kecut perut hanya Allah saja yang tau, air liur jadi pekat, lutut menggigil, tangan seram sejuk, cuma tak pengsan saja lagi.😭

Mulanya, aku masuk ke bilik viva dan nampak hanya 3 orang saja pemeriksa termasuk pengerusi di situ dan pemeriksa luar masih belum sampai, rupanya di sini lah Allah telah mendengar doaku, Allah permudahkan aku dengan ketiadaan pemeriksa luar dalam bilik viva. 

Tahukah korang, aku hampir sujud syukur juga ketika itu..semuanya tidak mustahil dan memang ini adalah salah satu doa aku panjatkan untukNYA..Alhamdulillah tak sangka Allah perkenan.

AKU di suruh perkenalkan diri dan diberi selama 20 minit untuk membentangkan power point, ok ini hanyalah syarat sebab pemeriksa-pemeriksa semua sudah baca tesis kita dan soalan-soalan untuk attack kita juga sudah di siapkan. Jadi secepat mungkin kena bentangkan seperti lajunya lrt, hahahaha yang pastinya aku kena sindir sebab bentang lebih 20 minit. hahaha..

Klimaksnya, apabila aku di soal bertubi-tubi tanpa henti tanpa penat tanpa rasa bersalah oleh setiap pemeriksa-pemeriksa dalam selama hampir 2 jam, dia punya rasa tu macam nak jerit pekik sebab penat tapi air mata saja yang duk mengalir. Menangis bukan sebab tak boleh jawab, kadang-kadang kata-kata pemeriksa boleh buat kita rasa terharu kerana semuanya membantu untuk memperbaiki tesis aku. Alhamdulillah.

Aku dan penyelia di suruh keluar dari bilik Viva sementara mereka berbincang untuk memberikan keputusan. Klimaks kali keduanya, apabila aku mendengar "Anda Lulus, Tahniah tetapi dengan pembetulan besar selama dua bulan". 

Ucapan syukur sahaja yang aku mampu ucap. Nak menangis sudah kering pula air mata. Alhamdulillah. Lihatlah senyumanku dengan bengkak matanya..hahahaha Terima kasih Dr. Walaupun saya sekadar 'pelajar Ph.D anak angkat' sahaja, Dr banyak membantu saya selama ini.


Selesai bergambar, aku menelefon suamiku untuk makan tengahari bersama-sama, dan aku langsung dia tak tanya tentang result Viva aku, mungkin dia takut barangkali aku sedih sebab tak berjaya..ahahahaha.. tapi aku tau dia sebenarnya nak tau, masa dalam kereta aku bagitau, dia senyum dengan reaksi bersahaja..Sabar jela eh..tapi dengan ucapan 'Tahniah'.

Terima kasih suami sebab sudi tunggu bertahun lamanya untuk saya habiskan PhD ni..Alhamdulillah semua ini atas izin Allah..Syukur! dan yang paling terharu dia ucap tahniah di whatsapp dengan kata-kata 'Tahniah Dr Wan Khairulhusna" πŸ’•πŸ’ Hahaha..poyo sangat tapi terasa sampai ke tulang hihihi..


Semoga dapat konvo tahun ni 2019. Insya Allah aminnn......
πŸ’ŸTerima kasih sudi baca. πŸ’Ÿ

Tuesday, 12 September 2017

Menginap di Hotel 4 Star Dorsett Putrajaya

Assalamualaikum..
Minggu lepas kami berpeluang menginap di Hotel 4 bintang di Dorsett Putrajaya menemani si kekanda (temanla sangat πŸ˜…) berbengkel di hari cuti peristiwa which is Hari Cuti sempena Sukan Sea 2017 tu..

Walaupun jarak rumah ke Dorsett Putrajaya hanyalah 6km sahaja kami tetap tidak melepaskan peluang untuk bermalas-malasan di hotel. Well, so far si cik kak Orked Nurtihani yang paling gembira sebab she likes hotel a lot 😏

Yang paling kesian si kekanda lah sebab kena berbengkel di hari cuti nasib dia dapat cuti pada jumaat pada minggu yang sama. Alhamdulillah..So far, hotel pun di tempah khas oleh bos (Dr) beliau sebab kena lunaskan kerja secepat mungkin. Hotel yang kami inap ni rate area dalam Rm250-Rm280.




Serius, aku suka sangat dengan kombinasi warna hotel ini, coklat terang, coklat cair, hijau pucuk pisang dan hijau gelap sikit, memang warna kesukaan aku jugak, di tambah pula hotel masih baru, semuanya empuk sedap, dan barang-barang keperluan jugak complete..

Hotel ini digabungkan dengan mall kecil yang diberi nama Suria Mall tapi masih belum banyak kedai yang ada di dalamnya. Yang pastinya makanan di food court di sangat murah dan sedap. kalau nak tau kedai apa je yang ada di sini KLIK SINI

sebelum Check out, kami sempat berselftwo berdua di dalam bilik, dalam 17203740 gambar yang di ambil, satu ni je yang nampak senonoh..maafkan muka aku yang besar pinggan Noritake tu ye 😝😜



Ok, sampai ketemu di ruangan entri yang lain pula untuk di kongsi..

πŸ’Ÿ  Terima kasih sudi baca πŸ’Ÿ

Thursday, 7 September 2017

Melawat warung VIRAL Warong HIjrah di Ayer Hitam Kedah

Assalamualaikum..
Dalam perjalanan balik ke Perlis, kami sempat menyinggah warung yang viral di sebabkan Mihun Celup atau Mee Sup Thai yang SUPER AWESOME taktau nak habaqqqqq!!! Alahai..Dua kali kami repeat ke Warung Hijrah di Ayer Hitam..dan dua-dua kali pergi rasa tetap sama...Fuhh..






Sudahlah harganya yang MURAH dan tak lokek langsung..ini Mee Sup Thai Special (letih nak mengabiskan banyak sangat) dan cendol Pelangi. Harga dan menu ada dalam gambar-gambar di atas..Sampai sekarang masih terasa kesedapan dia..letak ayam banyak gilaaaaaa..

menu ni belum di letak serbuk cili lagi..boleh pergi jauh mee celup ni

Menggiurkan TAK?



Okey itu sahaja nak kongsi kebahagiaan dengan orang lain kat luar sana tentang  makanan-makanan yang sedap ini..Warung Hijrah ni sentiasa di penuhi orang, kalau nampak kereta parking banyak-banyak berhadapan dengan Pasaraya KAWANG itulah dia.

TIPS!!!
Oh lupa nak bagitau Pasaraya KAWANG ada 2 di kawasan Ayer Hitam tu, anda cari Pasaraya KAWANG yang kecil bersebelahan stesen minyak Petron bukan Pasaraya KAWANG yang berhadapan dengan Nat dekat simpang 3.

NAT* = Pasar Pagi

πŸ’Ÿ Terima Kasih sudi baca πŸ’Ÿ

Wednesday, 6 September 2017

Salam Raya Aidil Adha 2017

Assalamualaikum..
Hampir seminggu baru aku nak update pasal raya qurban kali ini, yalah kesempatan yang ada kita kenalah gunakan sebaik-baiknya dengan orang yang kita sayang terutamanya keluarga, kalau boleh elak, elakkan lah dari memegang telefon kang kecik hati keluarga kita tu tapi kalau dah berbisnes online memang tak dapat elaklah kan..

Turn raya kali ni adalah di Perlis, kampung kecilku yang indah permai lagi mempersona πŸ˜‹  Cuaca di Perlis kali ini sangat panas, fuhhh mencanak-canak kepanasan dia seperti di dalam oven, bahang dia terasa menggigit kulit.

tapi raya kami tetap meriah..Alhamdulillah kali ini semua adik beradik balik ke kampung..gembira bukan kepalang kerana peluang begini tidak selalu terjadi sebab masing-masing ada komitmen dengan keluarga mertua masing-masing.

Tahun ini aku tak berkesempatan nak buat Qurban, tak ada rezeki nak buat seperti tahun-tahun yang sebelumnya, selain itu keadaan abah aku yang kurang sihat kerana strok haba dan jantung tempoh hari juga salah satu punca kenapa tak buat qurban. Semoga Abah terus SIHAT! πŸ’™

Gambar-gambar Orked Nurtihani bersama sepupu sepapatnya di kampung..

Bersama Abang Wafiy, Abang Waiz dan abang kambing kat belakang

Cepat sungguh depa membesar

Rasmi pelamin bersama Acik Aira di kenduri kahwin kak Aasiyah

Kakak Auni yang malu-malu kucing

Gambar hero-hero yang bertungkus lumus membantu abahanda melapah daging..

Baju putih tu abahanda tersayang


sebelum di sembelih ada seseorang sempat menciumnya

Okey gambar bawah ni yang paling epic bagi aku πŸ˜‚ agak mengejut tindakan oleh Achiss..πŸ˜†πŸ˜‚

Cubaan memeluk oleh anak buah aku Wazif aka ACHISS

 Ciuman di pipi oleh Achiss dengan muka redha si kambing

Penuh kasih sayang kucupan itu, di syurga dah si kambing ni
Gambar raya satu keluarga lupa ambik, terlupa teruss..alahai..sabar sajalah..

Menu raya sudah tentu sup tulang gear box, sup tulang keting, gulai daging, nasi himpit, kuah kacang, dan ayam masak merah bersama menu WAJIB ketupat daun palas yang tak pernah mengewakan..tapi tiada gambar sebab memang tak pegang hp masa nak makan sebab sibuk dengan kerja di dapur..huuu

Walaupun besederhana tetapi tetap meriah dengan adanya anak-anak buah, riuh rendah kat kampung, Alhamdulillah walaupun jauh, tapi semuanya tetap di hati..sayang semua.. AL-FATIHAH untuk MAK dan ABANG E..rindu sangat..

πŸ’˜  Terima kasih sudi baca πŸ’˜

Friday, 25 August 2017

New Pomade KARAT KARAMEL by FridayRocky

Assalamualaikum..

Dari entri yang lepas saya ada ceritakan tentang Pomade Keluaran FridayRocky di SINI. Empat keluaran pomade daripada FridayRocky yang menjadi igauan penggemar-penggemar pomade di luar sana iaitu FridayRocky Maestro, FridayRocky Boogie Woogie, FridayRocky Dekro En Zara, dan FridayRocky FridayBeat.

dan YANG TERBARU dari FridayRocky adalah FridayRocky KARAT KARAMEL. Premium Pomade Edition waterbased with high grade materials. Diperkaya dengan BLUE ORANULES yang di letakkan di dalam bancuhan pomade dan mengandungi khasiat Aloe Vera, Vitamin E, Vitamin B, dan Argan Oil.

Semua khasiat tersebut bagus untuk kesihatan kulit kepala, melebatkan rambut, dan melembutkan rambut. Baunya yang manis-manis caramel mengancam dan design kali ini lebih klasik tapi nampak moden dan mengghairahkan. YANG PENTING takde built up. Maksudnya kalau mandi, senang nak basuh dan cuci kepala dan of course akan kekal bau wangi di rambut.


Baru launch dalam bulan Ogos dan harga untuk premium pomade adalah RM55.

pandangan dari atas
Pandangan dari bahagian sisi keseluruhan

pandangan dari bahagian tepi
Keterangan berkaitan Karat Karamel boleh tengok di gambar terakhir, holdnya 5, Shinenya 5, Texturenya 3 tak keras melampau dan Volume 3. Kalau korang perasaan dekat sebelah kanan ada tulisan (nombor roman) 2,4,4,3,4.. Rupanya simbolik kepada rukun islam ke2 iaitu jumlah rakaat bagi Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan juga Isyak. Simbolik islamik ni sesuai kerana pomade ini juga wudhuk friendly.

i love the design and textures and everything about this Karat Karamel by FridayRocky. Boleh lah layari instagram dah order di sana..

πŸŽ€ Terima Kasih sudi bacaπŸŽ€

Thursday, 24 August 2017

TIPS Interview Cikgu MARA (Mara Assement Centre) Pegawai Pendidikan Gred 41 2017

Assalamualaikum..

Pertama sekali, tahniah aku ucapkan kepada sesiapa yang berjaya dipanggil untuk sesi Interview Pegawai Pendidikan Gred 41 (guru) lantikan MARA. OK bakal-bakal guru sekalian ini sedikit perkongsian untuk anda semua berjaya menempuh proses interview tersebut.

1 - Patuhi WAKTU yang ditetapkan

πŸ’œDalam surat tawaran, calon perlu hadir untuk sesi pendaftaran jam 7.00 pagi. Jadi TOLONG jangan berlengah-lengah sebab apa tepat jam 7.30 pagi, pintu pagar akan di tutup! Bagi yang sampai lewat, elok balik dan sambung tidur sahaja. 😁. Sila pastikan lokasi anda di panggil interview tersebut, kalau kawasan nya adalah hot spot jem, maka siap sedia untuk bangun awal dan bergerak lebih awal.

2- Bleep Test

πŸ’œ Ujian ini akan menguji tahap kecerdasan calon. Sila 'fit' dan habiskan ujian ini setakat mana yang anda mampu dan jangan paksa diri. Bagi calon yang baru lepas bersalin, panel memberi kelonggaran untuk tidak melalui ujian ini kerana faktor keselamatan dan kebajikan calon. Boleh minta budi bicara kalau anda mempunyai sebarang penyakit seperti asthma..boleh tunjuk surat doktor yang berkaitan.

3- Ujian Psikometrik

πŸ’œCalon perlu menjawab sejujur yang mungkin

4- Micro Teaching Test

πŸ’œ Calon diberi masa selama 10 minit untuk mengajar dan 2 panel yang akan menilai. PALING PENTING, sila bawa bersama Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan sediakan alat bantu mengajar  (ABM) yang menarik untuk mendapatkan perhatian dari panel. Lagi baik, jika teknik pengajaran yang diterapkan adalah teknik abad-21.

5- Interview/Temuduga

πŸ’œSatu sesi 5 orang calon akan terlibat dan 3 orang panel akan menilai. Bersedia fizikal dan mental sebab soalan yang diajukan adalah di luar kotak minda kita. Sila kuasai dengan baik soalan asas seperti 'Sila memperkenalkan diri anda'. (Mula bercerita tentang latar belakang  dan  pencapaian diri yang sesuai dengan jawatan yang dipohon). Contoh-contoh soalan adalah seperti berikut;

     πŸ’Ÿ Nyatakan apakah itu pembelajaran holistik yang diterapkan oleh MRSM?
     πŸ’Ÿ Soalan KBAT. Anda memiliki haiwan peliharaan iaitu seekor kucing dan seekor ayam jantan. Apakah yang dapat anda perhatikan daripada kedua-dua haiwan ini dan bagaimana kehidupan ayam dan kucing boleh dikaitkan dengan pelajar?
     πŸ’Ÿ Siapakah antara anda berlima yang sesuai dilantik sebagai guru? Pilih salah seorang daripada anda. Anda dilarang memilih diri anda sendiri.
     πŸ’Ÿ Nilai penghayatan kemerdekaan semakin kurang dalam diri pelajar hari ini. Apakah cara yang boleh dilakukan oleh seorang guru untuk meningkatkan nilai tersebut dalam diri pelajar?
     πŸ’Ÿ Pelajar hari ini degil dan susah untuk mendengar kata, di manakah silapnya dan apakah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

πŸ’‘ TIPSπŸ’‘ Yang PENTING! BANYAK-BANYAK membaca sebulan awal berkaitan MRSM, moto misi dan sebagainya yang berkaitan dan juga perbezaan MRSM dengan SBP dan sekolah yang lain. General Knowledge pun anda perlu kuasai sebaik mungkin dan juga isu-isu dunia yang berbangkit. Penting!!!

Bagi calon yang mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini, anda mungkin akan di duga soalan seperti ini dan panel suka untuk memprovok setiap jawapan anda jadi berkatalah jujur dan ikhlas insyaAllah anda akan berjaya.

Contoh soalan :

Anda sudah bekerja sekian-sekian tahun. Gaji basic anda sekarang lebih tinggi dari apa yang kami tawarkan maka anda perlu meletakkan jawatan. Perkhidmatan anda dengan kerajaan akan terputus. Anda akan ditawarkan dengan jawatan kontrak terlebih dahulu, kemudian kami akan hantar  anda untuk membuat diploma pendidikan selama 3 tahun secara part time semasa cuti sekolah. Selepas tamat pengajian, anda kami tawarkan ke jawatan tetap. ADAKAH anda sanggup menghadapi semua itu?? Ha...jawapan ada pada diri anda..jadi cubala beri jawapan yang terbaik untuk menjawapan persoalan ini.

Okey sekian itu saja perkongsian dari saya.
Kredit kepada Puan Maznida untuk perkongsian ini. Semoga anda juga berjaya.

πŸ’– Terima Kasih sudi bacaπŸ’–

Friday, 18 August 2017

Menjengah Kedai Viral di Tanjung Karang ; Cendol Durian Borhan dan Nasi Ambeng Warung Ibu

Assalamualaikum..

Alkisahnya semalam aku ikut husband outstation atau lebih mudah lagi, temankan beliau memandu atau lebih mudah lagi aku jadi driver dia untuk ke Tanjung KarangπŸ˜†..aku dengan rela hati mengikut beliau sebab si cik kak Orked Nurtihani teruja nak tidur di hotel lagi πŸ˜πŸ˜‘..

Dalam masa yang sama, aku dapatla mengunjungi beberapa kedai makan yang viral di sana, salah satunya adalah kedai Nasi Ambeng Warung Ibu. Menu nasi ambeng dan soto dia tak pernah mengecewakan bila datang ke sini dan menu terbaru dia Nasi Ambeng Kawin untuk 2 orang makan.

Tapi aku hanya ambil nasi sejemput je sebab sebelum tu dah makan sarapan dan kekenyangan melanda. Pekerja di kedai Nasi Ambeng ni sejenis yang tak kedekut sekali letak banyak penuh pinggan, pinggan aku ni nampak sopan sebab aku mintak nak sikitkan portion kalau tidak hancur diet πŸ˜“ Korang yang datang patut cuba..Recommended!





Lepas tu, husband aku singgah pulak di kedai depannya beberapa meter dari kedai Warung Ibu tu, jumpa pulak Kedai Cendol Durian Borhan. Kedai Cendol ni walaupun hari biasa pun penuh dengan orang sebab memang tempat port bikers, menu utama tentulah cendol tapi banyak lagi menu lain yang dia ada seperti mee kari, nasi ayam dan lain-lain. Boleh la korang cuba juga. Yang aku try ni Cendol Durian Aiskrim harga RM5. Manis yang amat di tambah pula durian dan aiskrim..Saja aku cuba yang ini..




Kami menginap di Hotel One Boutique, di Sekinchan berdepan dengan Balai Polis Sekinchan. Hotel yang sangat selesa, cantik, luas, bersih, dan ada balkoni. Recommended! 2 hari 1 malam pun hati gembira walaupun tak pergi jauh mana pun..


Sempat juga kami melepak di Redang Beach di Sekinchan untuk melihat matahari tenggelam sambil temani anakanda Orked Nurtihani main belon sabun. Terima kasih husband bawak jalan-jalan..


Itu saja pengalaman pendek atau staycation kami di Tanjung Karang. Okey. Sampai berjumpa lagi di entri yang lain..

πŸ’Ÿ Terima Kasih sudi baca πŸ’Ÿ

Monday, 14 August 2017

LATEST : Harga SEgram Emas di Kedai Emas Kuala PIlah 2017

Assalamualaikum..

Dua hari lepas, husband menunaikan janji beliau untuk ke Kuala Pilah, Alhamdulillah untuk tujuan menggembirakan hati si isteri la, ape lagi kan.. πŸ˜‚πŸ˜ Sebelum ini, kami pernah ke sana untuk tujuan lain tetapi dengan niat nak beli emas la tapi apakan daya, kami pergi hari AHAD, maka semua kedai emas di PILAH tutup..

OK sambung balik...tibanya kami di Jalan Dato Undang Johol tu..maka cari lah parking yang terdekat. Mulanya aku ke Kedai Emas Permata Chang Kwong, ramai betul orang tunggu turn nak membeli, udahla orang yang nak entertain tu 2 orang sahaja, memang tak menang tangan la dia. Tempat duduk pun takda, dan ruang untuk memilih dan meninjau emas di dalam cermin pun takda, sempat aku menjeling di dalam kedainya 

Harga 1gram emas 916 di Kedai Emas Permata Chang Kwong bermula 15/8/2017 adalah RM181/182 (Harga akan berubah-berubah)


maka aku dengan hati tak sabar aku ajak husband ke kedai emas sebelahnya.. Kedai emas sebelahnya adalah Kedai Emas Permata Yuen Shoon, ini gambar pinjam En Google, Aku tak sempat nak ambik gambar bagai sebab tengah mencari parking masa tu.

Pic dari google 

Sampai nye di kedai seperti gambar di atas ni, orang juga ramai tapi masih ada beberapa tempat duduk dan ruang, tapi masih kena menunggu 4 atau 5 orang yang tengah sibuk memilih emas masing-masing.

Harga 1gram emas 916 di Kedai Emas Permata Yuen Shoon 12 Ogos 2017 (tarikh aku beli) adalah RM169, lihat seperti keratan resit seperti di bawah.


Sampai je turn aku, terus aku survey cincin yang aku nak tu lelaju, mana taknya si Orked dah sibuk lapar dan mula nak menunjukkan aksi protes, aku laju-laju pilih dan minta kurang (boleh minta kurang harga tau), dan tolak, darab, tambah, bahagi so aku pilih la si dia yang manis tu menjadi teman jari manisku. Alhamdulillah yang paling puas hati sebab kos upah yang murah, tak sampai RM50 pun. Kos upah mungkin bergantung kepada barang yang di beli, kalau beli rantai atau gelak tangan mungkin kos upah tinggi sikit tapi masih boleh minta untuk kurangkan harga..



Okey, bagi kedai emas lain, aku tak sempat survey harganya, 2 kedai tu je dan satu lagi Kedai Lee Wah GoldSilver (satu-satunya kedai yang ada page di FB) 

Harga 1gram Emas 916 di Lee Wah GoldSilver adalah RM179.14 


Tiga kedai itu je yang aku sempat survey harga seGRAM emas, ye la harga tu penting kot untuk sesiapa yang nak survey harga, at least bila dah tau harga seGRAM dah boleh agak berapa berat boleh grab barang emas tersebut.

Harga seGRAM kalau kedai-kedai emas dalam mall contohnya TOMEI, POH KONG, HABIB JEWELS, dll aku tanya haritu dalam area RM19+.++ hinga ke RM2++.. Banyak sungguh perbezaan harga jika dibandingkan dengan kedai emas tepi jalan di PILAH ni tetapi satu la, kedai yang dalam mall ni semua up to date, design meletop-letop..

Tapi bagi aku selayaknya rakyat marhaen, aku lebih pentingkan harga dari design yang letop-letop tu, design di Pilah ni ada juga yang letop tapi mungkin cepat habis mana taknya macam goreng pisang panas, letak je dah kene sambar dek orang..lagipun banyak kedai kalau rajin, survey la semua kedai nak cari design yang letop-letop tu πŸ˜ŠπŸ˜‰

Oleh itu terimalah muka seposen kami anak beranak yang happy kemain sebab dah berjaya menambah koleksi emas yang di sponser khas dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi oleh husband @ tokey POMADE FRIDAY ROCKy! Terima kasih sayang πŸ’‹

Maaf gambar cincin tak dapat nak di kongsikan atas sebab keselamatan 😜(poyo)


πŸ’œ Terima kasih sudi baca πŸ’œ

Thursday, 10 August 2017

Tips Kurangkan Power Cermin Mata Cara Saya!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, agak membanggakan pabila power spec mata sebelah kiri kau sudah turun dari 1.50 menjadi 0.75.. Power spec untuk mata sebelah kanan maintain 1.50.. dalam hati penuh gusar takut-takut power mata naik!!! itu boleh menambah stress..



Serius agak tak percaya bagaimana boleh menurun power matanya kerana dalam pertimbangan aku, aku lagi banyak melihat laptop sejak akhir-akhir ni kerana mengadap cik thesis ni. Di sebabkan power mata dah turun, maka wajib lah ke atas aku untuk membuat spec baru..yeayyyy

Spec ala-ala korea kononnya..hakhakhak
Mari aku kongsi kenapa power spec mata boleh turun...
Ni tips cara aku ye dan berlaku hanya kebetulan sahaja..
Tips pertama aku syak sebab....

1- Makan Bayam
 - Sila salahkan kedai runcit basah dekat taman aku ni, kebanyakan sayur yang di jual lebih kurang sama saja HARI-HARI, ye aku paham sebab sayur-sayur daun tu memang senang didapati contoh bayam, kangkung! Sayur daun lain memang jarang jumpa, sesekali baru muncul pucuk paku, daun pucuk ubi.. jadi, aku akan tukar-tukar daun tu saja kalau tak kangkung, bayam la menunya, eh bukanlah hari-hari makannya, maksud aku dalam seminggu mesti kami akan makan bayam. Tanpa sedar sayur daun ni KAYA dengan Vitamin A, lutien dan zeaxanthin untuk mata menjadi sihat.

2- Makan Lobak dan Tomato
-Tomato cherry ni sebab dia kecik dan comel jadi menarik untuk dikunyah-kunyah buat kudapan dan tomato besar pula memang aku campak dalam masakan, Suami aku tak makan, jadi kalau aku letak dalam masakan, aku juga yang akan kutip dan makan tomato tu..hahaha..sama keadaan bila makan kat kedai makan..lobak pun sama juga keadaan dia..tapikan yang peliknya, husband aku agak kurang makan sayur, tapi sampai sekarang mata dia clear tak pakai spec dan dia satu-satunya dalam famili yang tak pakai spec..Aku syak sebab dia terlebih breastfeed dulu, mana taknya sampai 3 tahun hehehe..untung beliau..😘

3- Melihat benda-benda hijau biru (warna)
- Oleh sebab aku banyak travel dek kerna bisnes, jadi penglihatan pun jadi luas, bukan warna hijau je semua warna aku dapat lihat dan nikmati dengan pemandangan yang cukup indah di tempat baru yang belum pernah jejak..dan harapnya tahun ni dapat travel jauh sikit luar dari Malaysia ke, harap-harap husband aku baca tips no 3 ni hahahaha...πŸ‘»

4- Sunning dan Palming
-Sunning ni aku selalu buat bila nak jemur baju di ampai atau gate depan rumah, sambil-sambil jemur baju tu jegil-jegil mata tengok matahari tapi jangan lama kang pening pulak, almaklum panas sekarang ni lain macam sikit bukan macam dulu, aktiviti ni bantu untuk aktifkan semula flex dan otot mata kita.
-Palming pula boleh buat bila-bila masa, just gosokkan kedua-dua belah tapak tangan hingga rasa haba panas pastu cepat-cepat tekup di bahagian mata manja-manja saja jangan ada tekanan kat mata, dan mata jangan bukak tau.

5- Eye exercises ni yang terakhir aku buat bila pergi window shopping..Selalunya senaman ni orang guna jari la atau pensil yang diletakkan di bahagian hadapan penglihatan lepastu fokuskan kepada objek tersebut. Tujuan dia untuk menganjalkan otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata. Bagi aku, lain terapinya pulak, aku hanya perlu pergi ke Mall dan usha baju-baju, jubah-jubah yang cantik dan fokus baik punya tanpa perlu membelinya..hahahaha😝

Itu semua terapi bagi aku..at the same time, you can low down your stress..Aku buat 5 tips tu secara kebetulan saja..Aku tak sangka apa yang kita lakukan seharian ni rupanya banyak kebaikannya selain selesaikan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis tu hehe..

Okeyla itu saja yang aku nak share..

πŸ’ŸTerima kasih sudi baca πŸ’Ÿ

Monday, 7 August 2017

Travel Tiap-Tiap Bulan Memang Seronok!

Ya, tajuk nampak sedikit angkuh di situ, tapi percayalah memang kami sekeluarga akan travel dan WAJIB travel sebab kena restok produk (pomade) yang di jual. Aku dan Orked orang yang paling gembira bukan kepalang sebab dapat berjalan ke hulur ke hilir..hahahahaha..

Di samping bertravel, dapatlah kami menikmati restoren, kedai & warung yang viral di Malaysia, Alhamdulillah! Semua kerana BISNES!! Lokasi yang paling jauh Perlis (my hometown) dan JB (kampung husband).. Sabah dan Sarawak kita terpaksa shipping pakai kapal terbang etc.

Walaupun boleh di pos, husband lebih suka face to face dengan clientnya, dan kebanyakan pomade adalah dalam bekas kaca dan kuantiti adalah sangat banyak jika restok, jadi kami perlu pergi dari setiap tempat ke setiap tempat mengikut demands dari setiap client. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami..

Semua ceruk rantau sudah kami telusuri dek kerana bisnes ni, walaupun bisnes masih dalam lingkungan kecil tapi bersyukur kerna jika tidak berbisnes, duduk lah kami di Selangor dendiam..hahaha.. Tahun ke2 brand FRIDAY ROCKY POMADE bertapak, sudah banyak agen di negeri-negeri yang menjual brand ini..orang cakap tahun pertama kedua tahun percubaan, jadi kita cuba jaya saja dulu mana tahu ada rezeki Allah nak bagi..


As long as si Orked happy, maka kami pun sama tumpang happy dengan rezeki pemberian dariNYA, sama-sama kita kongsi dan syukuri..

Terima kasih kerna sudi baca..

Thursday, 3 August 2017

FridayRocky Pomade BERSEMUT???

Assalamualaikum..

Memandangkan mood mahu menconteng sudah datang, alang-alang kita kasi review sikit pasal pomade FRIDAY ROCKY yang BERSEMUT tu...

Tahukah anda kenapa pomade itu BERSEMUT?
Mari aku hujahkan kenapa, sebab dalam masa 2 tahun ini jualan semakin hari semakin meningkat, order yang masuk juga tidak cukup tangan, jadi analogi bersemut tu menunjukkan permintaan pomade dari FridayRocky sudah semakin banyak dan bukan sebab pomade tu manis dek kena hurung dengan semut ye! hehehe...

Mari aku pecah rahsia la, sebenarnya aku la brewer pertama yang di ambil bekerja, hebat bukan? hahahaha..walaupun pada mulanya pomade aku buat agak KELAUT, aku tetap mencuba sampai berjaya tetapi selepas dah berjaya aku malas dah nak brew sebab dah terorr kahkahkah, lepas aku merugikan beliau, Tokey FridayRocky (the Original Brewer) suruh jaga anak jer..Ada ke patut..Pomade yang aku hasilkan dulu agak baik juga yang penting bila pakai rambut hold dan shine tu power!

Tokey FridayRocky merangkap 'housemate' ini sangatlah menjaga kualiti, dan aku masih tak sangka beliau sudah sampai ke tahap sekarang, maksud aku pomade dari FridayRocky sudah ada 5 keluaran!

Keluaran pertama 'FridayRocky Maestro',



Keluaran ke2 Friday Rocky 'Boogie Woogie'



Keluaran ke3 FridayRocky 'Dekro EN Zara'



Keluaran ke4 FridayRocky 'FridayBeat' 



dan keluaran ke5 masih belum launch tapi pomade dah siap dan of course keluaran terbaru ni ada kelainan dan bau sangat mengancam berbeza dari yang ada di pasaran!

Dari packaging sampai la ke design semua 'housemate' yang fikirkan dan aku suka setiap design dia sebab unik dan setiap design ada maksud yang makna yang tersendiri fuhhhh...tak sangka skill yang satu tu aku baru tau, kreatif jugakla..dannnnn setiap nama pomade pun dia yang bagi nama ala-ala bagi nama kat anak gitu..teruja jugak aku bila dengar nama catchy2 camni yang penting orang akan ingat nama pomade kau.. Yela la sebab pomade pun dah banyak kat pasaran di campur yang fake lagi..

Secukup setakat tu dulu aku kongsi..kehebatan dia, performance dia, makna di sebalik nama, harga dia dan lain-lain nanti aku cerita di entri yang seterus-seterusnya yea..

p/s ohh abang, kalau abang baca entri ni kira aci la ehh πŸ˜˜πŸ’‹

Klik SINI untuk ke Instagram FridayRocky Pomade

Terima kasih sebab membaca..

Wednesday, 2 August 2017

My First Posting in Year 2017

Times flies so very fast...

Aku masih begini di sini...

Saja singgah sebab rindu..

Nak tulis, payah.. sebab idea nak muntah keluar tu banyak..

Tak daya nak tulis semua..

Jadi, baik tak payah tulis, jadi dah kenapa tulis jugak?


Friday, 6 February 2015

Farm In The City : FUN > ENJOY > HAPPY

Asslamualaikum W.B.T.. 

Pertama sekali SELAMAT TAHUN BARU! baru nak update blog..terlajak busy sangat 2015 ni hukhukhuk... 

Sebelum itu aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat abg ben ashaari kerana memberi peluang blogger sendu macam saya menikmati aktiviti riadah yang best untuk permulaan tahun ni..Ehsan daripada abg ben dan #kelabbloggerbenashaari, maka terhasil jugak entri ini..

Sebelum masuk ke dalam, mesti wajib ambil gambar dulu..hehehe Oh Ya..bestnya Farm In The City ni, walaupun ala-ala farm tapi mesra stroller sangat..saya sukaaaaa...Memandangkan Orked sudah 7.5kg, memang sesuai sangat bawak stroller ni..tapi kalau nak berBW (baby wearer) macam kurang sesuai , bukan panas ape, tapi sebab kite gerak sana sini, memang boleh buat keluar peluh, kalau bawak BW baby mungkin akan rimas..tapi kalau nak guna jugak pun boleh..up to parent tu ok..nama pun farm kan..kalau nak sejuk masuk bilik econ hihihihik..




Budak tu happy sangat sampai taknak tengok kamera tapi senyum pulak..sabar jela.. @_@ 

haiwan pertama yang boleh kita nampak PONY... Sangat jinakk..handsome not bad..ada 2 ekor..sekor sembunyi dalam kandang =)


Okey, sebelah si Pony ni, cik kak pemalu "Pink-Backed Pellican" suka sangat dia dengan kamera..Kami amek je gambar terus dia pose sexy..alahai..cair kejap tengokk keayuan tu.. hihihihi




okey..aku berpeluang ambil gambar di bawah pokok yang melintang kat tengah ni..Orked macam biasa still blur jer.. Time aku datang ni tak ramai sangat orang, jadi bestla dapat sentuh sana sentuh sini tanpa tunggu turn nak 'sentuh' hehehehe.. Aku pergi ni sebab cuti umum Thaipusam selasa lepas..


seterusnya, mari aku perkenalkan dengan anak angkat baru yang jinak dan mendengar kate..hahahaha..geramm nak pelukk ciumm tauu..nasib kamu ucukk wahai Praire Dog..perut moncit tu yang buat aku bertambah geram..dan yang tengah berdiri tu antara yang paling aktif lompat sana lari sini..dan memang sangat nakal..




Ha tengok yang ni, mula-mula dia layann je bila kite belai..tapi sekali dia nak try ngapp jari mak yang haluss muluss ni..haishh sabar la nasib tak jerit kuat kat situ..Orked dia peratiiiiii je geramm sebab tak dapat pegang mcm Ibu pegang lettewww..hihihihi



Teka haiwan apakah ini? hehehe..Ini la skunk yang kentut busuk tu..Tapi skunk ni cute sebab dia bewarna putih dan tengah tidur..sopan sangat tidur macam Orked..hmmm hahahaha..


Ini pulak encik Gagak putih "white crow"..Tengok suci sangat sebab bulu putih kan..hehehe..RARE..


Ini pulak..namanya 'Blue Tongued Lizard'..okey aku pandang sekali imbas je benda alah ni..gelii sebab kulit dia licin..tapi lama pulak dia duk statik macamni..haishh naik bulu roma lak..grrrrr


Ini pulak tak perlu bagitau kot..semua orang pun tau..reptilia yang wajib ada di mana-mana...hmm..tengah bersalin kulit mereka-mereka ini..yang putih tu nama glemer dia "Albino Burmese Phyton" ooo puak Burma ni.. hehehe


Nampak tak jarak aku dengan Pak Iguana ni..besoo oii..Mungkin agak berusia ya..Ambik gambo kena flash pun rilex je..hmm..paksa oleh sang suami untuk bergambo disebelah dia..hishh...geliii lagi.. hukhukhuk


EH Video pendek aku pegang anak angkat aku "Praire Dog" Maafkan suara aku yang annoying tu eh..=p


Seterusnya kan jumpa si Black and White tegu ni..nama ringkas dan glemer..TEGU gituu...Umur 12-15Tahun..dah Tingkatan 1 la agaknya si Tegu ni..


Tengah sembunyi disebalik pokok..hmm...


Oh yes..perkenalkan model cilik aku ye..Nama nye Damia Zara..2 tahun lebih umurnya..Sangat suka tengok haiwan..Dia paling suka ikan, anak ayam dan arnab..hehe..


Okey Burung Hantu pun ado ye kat sini..tapi masa aku pergi dia duduk dalam kurungan, alahai tak dapat tengok jelas-jelas..cemburu tengok blogger lain yang dapat bergambar dengan dia..


Ini kawan baik la ni..boleh jadi gengg...kura-kura tu dah tua..tak ingat pulak berapa tahun..tapi dah tua dah dia..Semoga Allah panjangkan la usia dia ya..


Comel tak? Ini la rusa dik dik..nama glemer Kirk's dik dik..cutee mata tu eyeshadow kemainn lagii yee macam nak pergi dinnerr..hahahaha..ok merepak dah aku ni..


Sebelah rusa ada merak..tapi merak ni sombong sebab taknak kembangkan bulu..jeles jugak aku tengok ada blogger lain yang pegi dia kembangkan sikit bulu dia..cantikk sangatt oiii..kalau tak mesti Orked yang paling suka..Almaklumla kebanyakan haiwan kat sini, semuanya pertama kali dilihatnya..


Lihat muka keterujaaaaaaannn ittewwww...dia nak picit arnab tu...nasib si arnab ni bulunye tebal..jadinya si Orked picit bulu je..hehehe..hai la anak semua pun nak di picitnya..


aktiviti lain yang ada di sini adalah aktiviti menyauk ikan-ikan kecik di longkang buatan yang mengepung arnab2 dan geng2 yang lain..Guinea pig pun adeee..


Aktiviti yang paling Orked suka..bagi makan fish..sebab kat rumah aku pun ada akuarium..dia penah la bagi fish makan..pandai anak ibu...gerammm tengok jari kecik tu....


ok, untuk makluman sesiapa yang ingin bertandang ke Farm In The City, ini lah masa-masa untuk melihat secara live bagaimana haiwan-haiwan ini diberi makan..


di sebelah kiri dalam gambar di bawah merupakan tempat untuk berehat, boleh makan dan minum di situ..santai tempatnya macam pergi berkelah pun ye jugak.. hihihihi..


kenalkan, penyu zaman purbakala menurut aku..takut tengok beliau..nama nya Alligator Snapping Turtle..ada 3 @ 4 ekor kesemua..unikk kan?


dan terakhir kalinya..mari tempek sekeping gambo wefie bersama Sil Fatimah Zaharah dan niece Damia Zara, gedabak pipi aku haihhh...mencikkk..


Oh..ada lagi haiwan yang ada di Farm In The City ni..Kanggaroo ada 2 ekor, landak chubby, parrot, fox, ayam serama cute, kambing, dan macam-macam lagi..Haaaaa...terujaaa takk..dan kebanyakan daripadanya boleh disentuhh tau..Tunggu apa lagi..cepat la pergi ke sana jika ada masa lapang boleh kenalkan haiwan tersebut kepada anak-anak..

Tiket dewasa yang ada mykad RM30 kanak-kanak RM25..
Selamat beriadah semua..

Wassalam..

klik lagi la..