Menginap di Hotel 4 Star Dorsett Putrajaya | HusNaLaliNk Official Blog

Tuesday 12 September 2017

Menginap di Hotel 4 Star Dorsett Putrajaya

Assalamualaikum..
Minggu lepas kami berpeluang menginap di Hotel 4 bintang di Dorsett Putrajaya menemani si kekanda (temanla sangat 😅) berbengkel di hari cuti peristiwa which is Hari Cuti sempena Sukan Sea 2017 tu..

Walaupun jarak rumah ke Dorsett Putrajaya hanyalah 6km sahaja kami tetap tidak melepaskan peluang untuk bermalas-malasan di hotel. Well, so far si cik kak Orked Nurtihani yang paling gembira sebab she likes hotel a lot 😏

Yang paling kesian si kekanda lah sebab kena berbengkel di hari cuti nasib dia dapat cuti pada jumaat pada minggu yang sama. Alhamdulillah..So far, hotel pun di tempah khas oleh bos (Dr) beliau sebab kena lunaskan kerja secepat mungkin. Hotel yang kami inap ni rate area dalam Rm250-Rm280.




Serius, aku suka sangat dengan kombinasi warna hotel ini, coklat terang, coklat cair, hijau pucuk pisang dan hijau gelap sikit, memang warna kesukaan aku jugak, di tambah pula hotel masih baru, semuanya empuk sedap, dan barang-barang keperluan jugak complete..

Hotel ini digabungkan dengan mall kecil yang diberi nama Suria Mall tapi masih belum banyak kedai yang ada di dalamnya. Yang pastinya makanan di food court di sangat murah dan sedap. kalau nak tau kedai apa je yang ada di sini KLIK SINI

sebelum Check out, kami sempat berselftwo berdua di dalam bilik, dalam 17203740 gambar yang di ambil, satu ni je yang nampak senonoh..maafkan muka aku yang besar pinggan Noritake tu ye 😝😜



Ok, sampai ketemu di ruangan entri yang lain pula untuk di kongsi..

💟  Terima kasih sudi baca 💟

No comments:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment


السلام عليكم و رحمة الله

klik lagi la..