HusNaLaliNk Official Blog: 2014

Tuesday 2 December 2014

12 November 2014 (Rabu) Perginya Abang Sulungku Mengadap Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya, perit untuk kami sekeluarga untuk menerima berita kematian secara tiba-tiba..Allah Maha Besar!!




Tak pernah aku duga untuk membaca kisah menyayat hati sebegini terjadi kepada keluarga aku di sosial media dan surat khabar..secara tiba-tiba..Perginya arwah tanpa tanda atau sebarang perkara pelik..Perginya arwah tanpa menyusahkan sesiapa terutama isteri dan anak-anaknya..

Tapi aku cukup terkilan kerana tak dapat berjumpa arwah pada Raya Haji yang lalu kerana turn aku beraya adalah di sebelah suami..Serius aku rasa ralat tak balik Perlis..dan lagi ralat aku tak dapat melihat wajah terakhir arwah sebelum ditutup dengan kain kapan...

Tiada lagi ingatan dan kenangan untuk aku..Aku sampai dari kl ketika imam sedang membaca talkin..sedihnya tak dapat aku gambarkan..macam nak marah dengan diri sendiri tapi siapala aku untuk mengubah takdir.

Arwah seorang abang yang baik, panggilan manja kami sekeluarga adalah BANG E..Lepas ni tiada lagi gelak tawa :(   Seorang peminat tegar COC, penyokong MAN U, sukakan kucing parsi dan seorang abang yang suka buat kelakar..

Rentetan sebelum insiden ini terjadi adalah sangat mudah.. 

Abang aku seorang penyelia (supervisor) di kilang WD di Penang bukan pekerja kilang biasa seperti yang dicatat oleh HARIAN METRO ONLINE di atas, selalunya arwah pergi awal ke kerja , tapi pada hari kejadian arwah pegi sedikit lewat kerana hujan dan arwah menunggang motosikal, dan nak dijadikan cerita kebiasaan arwah selalu masuk ikut pintu belakang, tapi pada hari kejadian arwah menggunakan pintu hadapan..

Kawan-kawan arwah sempat mengelak tapi arwah tak sempat melarikan diri dari runtuhan bumbung tersebut..Sungguh berat ujian ini untuk kakak ipar ku yang tidak bekerja dan anak-anak yang kesemuanya 4 orang, tiada tempat bergantung..Perginya arwah, tidak diduga..






YA ALLAH, Kau ampunkan segala dosa-dosanya, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman disisiMU, AMIN..In Sha Allah, Damailah Bang E di sana menemani MAK kita...YA ALLAH JAGAKAN MEREKA UNTUK KAMI YA ALLAH..KU MEMOHON!
Kami semua akan mendoakan kesejahteraan Bang E dan MAK..Semoga ketemu di alam sana ya..
Adik rindu BANG E dan MAK!

SERIUS, 2014 merupakan tahun paling sedih buat aku dan keluarga... :(

HASBUNALLAHU WANI'MALWAKEEL (Sufficient for us is ALLAH, He is the best Disposer of Affairs)

Alfatihah..
AMIN...

Monday 1 December 2014

19 September 2014 (Jumaat) Kehilangan MAK yang ku kasihi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hampir 2 bulan 11 hari MAK yang aku kasihi pergi meninggalkan kami sekeluarga..Terasa masih baru mengucup MAK di dahi dan pipi semasa jasad MAK kaku dan pucat sebelum kain kapan yang putih bersih menutupi jasad ibu buat kali terakhir..Ketika itu jua air mata tak berhenti mengalir, kelopak mata mengembang dan membengkak mengenangkan aku kehilangan satu-satunya MAK yang melahirkan aku ke dunia..

Namun aku REDHA Ya Allah..

MAK pergi ketika aku tiada di sisi memandang aku baru kembali ke Selangor dari melawat MAK di hospital Tuanku Fauziah selama hampir seminggu..selama di hospital MAK sudah tidak mengenali sesiapa cuma mampu melihat dengan pandangan yang panjang, MAK jugak tak mampu makan dan minum seperti biasa, hanya minum SUSU melalui tiub yang disediakan.. Sebak nya..

Strok MAK kali ini adalah strok ke-3 dan strok kali ini yang paling teruk..

Dalam masa seminggu menjaga MAK bergilir-gilir dengan kakak dan abangku, aku serius tak menyangka bahawa kali ini merupakan kali terakhir aku akan memanggil panggilan MAK di dunia..Panggilan telefon dari kakak ku KAK WI pada waktu Maghrib menyuruh kami bersiap-siap untuk pulang ke Perlis merupakan titik tanda bahawa aku bakal menjadi anak yatim..katanya MAK dan NAZAK..

Allahu Akbar...dan dalam tempoh aku mengemas barang untuk pulang, sekali lagi panggilan dari kampung mengatakan bahawa MAK sudah tiada, sudah pergi mengadap kekasihNYA yang SATU..pergi meninggalkan kami semua, pergi untuk selama-lamanya, dan pergi takkan kembali..

Sungguh hati dan jantung menjadi kecut, kecik mendengar berita yang memang sudah aku jangkakan..dan dalam keheningan malam ke pagi, aku dengan deraian air mata pulang bersama suami dan selamat sampai ke Perlis lewat pagi..Namun, aku sungguh REDHA kerana Allah mengambilnya dari kami memandang kami sekeluarga tak sanggup melihat keuzuran MAK semasa di hospital..dan kata doktor MAK akan selamanya bergantung kepada susu dan tiub jika umurnya panjang..Peritt dan Sedih untuk kami terima..

Kami adik beradik anak mak yang seramai 6 orang memandikan MAK di bantu oleh orang-orang kampung..Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..Muka MAK seperti tersenyum kepada kami..

Buat MAK, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Darus, damailah dan amanlah MAK di sana di samping orang-orang yang beriman, kami adik beradik takkan lupa mendoakan dan mensedekahkan Al-Fatihah untuk MAK di sana..Semoga kita dapat bertemu di dunia satu lagi jika diizin Allah S.W.T
Betapa adik rindukan MAK, hanya ALLAH sahaja yang tahu..

Ya Allah, jagalah MAK ku di sana..
AL-Fatihah.......
Amin...


Al-Fatihah MAK





Friday 5 September 2014

Fikirkan Bolehh....Caiyok-caiyok!

Assalamualaikum WBT.. 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin--
Salam Kemerdekaan ke-57--
Salam kerinduannn untuk blog ku yang comel... 

Setelah hampir 5 bulan aku menjadi permaisuri di rumah kerna menjaga puteri tercinta, akhirnya kini aku kembali kepada alam realiti iaitu alam yang memerlukan komitmen 500% selepas ini iaitu alam belajar..Ya aku kini menjadi pelajar kembali..

Fuhh...terasa cepat masa berlalu... Kini, Orked Nurtihani sudah besar hampir 6 bulan dan pada tarikh ini juga sudah 3hari Husz menghantarnya di rumah pengasuh..Alhamdulillah so far Orked serasi dengan pengasuhnya.. 

Back to story.. Apa yang aku ingin luahkan ini sangat-sangat memberi inspirasi untuk aku menghabiskan sisa-sisa belajar sebagai Pelajar PhD.. Nampak mudah tapi HANYA ALLAH sahaja yang tau betapa susahnya..Tapi Husz yakin kalau mereka boleh kenapa tidak aku kan? 

One of my colleague, sudah settle dia punya PhD..Husz tumpang happy..tapi dia lelaki..dah bergelar Doktor Falsafah dan sekarang menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan di UUM..Fuhh..DS51..ok respek sebab beliau berjaya habiskan PhD dalam masa 3 tahun sahaja..Beza sangat haihh dengan Husz ni..tapi yela lelaki perempuan komitmen dia lain..yetak? Rezeki masing-masing kan..Kebetulan dia pun sudah berkahwin dan punya seorang anak..kiranya complete sudah hidup dia..tahniah untuk beliau.. 

Okey serius aku rasa cukup bersemangat nak habiskan tesis ni cepat-cepat..tapi bolehkah? di tambah pulak dengan si Orked Nurtihani kat sebelah memang tak leh habiskan kerja la..ok itu alasan..hahaha..tapi serius aku cakap..kalau budak kecik duk senyum-senyum kat sebelah, gila korang tak tergoda? aduiii...dugaan ada anak kecik untuk mak-mak....hahahahaha 

Pastu urus rumah tangga lagi, fuhh bukan kerja sikit tapi Husz percaya hubby Husz sangat memahami bab-bab ni pasti beliau akan meringankan kerjaku In Shaa Allah..dan lepas ni dia mungkin akan lebih stress bila tengok rumah penuh dengan kertas dan buku-buku..harap Orked memahami ibunya juga ketika itu..hahahahaha 

Bukan senang nak senang.... takpe..at least aku cuba.. 
Okey.. 
Semoga Allah mengekalkan istiqomah dan dipermudahkan semua urusan..
AMINN!

Friday 30 May 2014

Coretan buatmu anak Orked Nurtihani

Assalamualaikum..

Pertama sekali syukur Alhamdulillah ke hadrat Yang Esa kerana mengizinkan aku menjadi seorang IBU, akhirnya..Doaku padaMU di siang dan malam dimakbulkan pada tarikh keramat 19 Jun 2013 iaitu 7hari sebelum hari lahirku..Tiada kata dan kelu lidah mengetahui bahawa akan ada manusia bernyawa di dalam rahimku nanti..Terima kasih Ya Allah kerana mendengar doa-doa kami..dan pada 21 Mac 2014, lahirlah amanah dariMU yang kami namakannya Orked Nurtihani bt Fauzi..seorang anak perempuan yang sangat indah ciptaanNYA cukup sempurna di mata seorang ibu sepertiku..

Orked sayang,

Apa yang ibu akan ceritakan ini merupakan detik-detik terindah buat Ibu ketika melahirkan awak di dunia..Semoga menjadi anak yang cukup imannya, solehah dan penyejuk mata ayah ibu.. I'll make sure u read this ;)

Due date awak keluar sebenarnya adalah pada 26 Mac tapi ibu & ayah ambil keputusan untuk bawa awak keluar lebih awal memandangkan ibu disahkan diabetes. Gynea ibu, Dr Noraini dari Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah nasihatkan supaya bersalin sebelum 40 minggu sebab masa itu berat awak dah cecah 3.4kg..Untuk pengetahuan awak, kalau ibu diabetes, baby dalam perut akan cepat membesar..Jadi untuk mengelakkan dari berlaku, ibu dan ayah bersetuju untuk masuk hospital pada minggu ke 39 iaitu pada 20 Mac 2014 bersamaan hari Khamis..

Dalam tempoh matang awak iaitu 36 minggu dan ke atas, ibu langsung takde berasa sakit mahupun keluar tanda untuk melahirkan awak, ibu agak stress puas jugak pujuk awak keluar, tapi ibu rasa awak suka berada dalam perut ibu lama-lama, ibu redha sahaja.. 20 Mac ibu & ayah menyerah diri di hospital, ayah awak teman ibu dari mula masuk sampai awak keluar jengah dunia..3 hari 2 malam jugaklah..

20 Mac 2014 --
Pukul 10 malam ibu warded di Az-Zahrah, masa tu hanya Allah sahaja tahu perasaan ibu..gementar, takut, seriau, happy, pendek kata semua perasaan bercampur baur.. masa tu nurse datang check bukaan baharu 2cm..betapa ibu happy walaupun baru 2cm dan tak sabar nak tengok awak..malam tu ibu rasa malam yang paling panjang dalam hidup ibu, ibu tak dapat tidur sebab nurse akan datang selang 2jam untuk check bukaan..

21 Mac 2014 --
7.30 pagi sebelum sarapan ibu diberi ubat cuci perut..check bukaan sudah meningkat ke 4cm Alhamdulilah tapi langsung tiada sakit, maka Dr Noraini menasihatkan jika tidak sakit maka induce akan diberi, induce dalam bentuk memasukkan air ke dalam badan, Maha Suci Allah, orang cakap kalau kena induce sakit tapi Alhamdulillah ibu langsung tak ada rasa sakit sayang..dan bukaan meningkat kepada 5cm , Dr Noraini ambil keputusan untuk pecahkan air ketuban dan kemudian meningkat lagi ke 6cm..

Kira-kira jam 11 tengahari ibu ditolak masuk ke labour room kerana bukaan sudah besar tapi sekali lagi ibu tidak berasa sakit walaupun bukaan sudah 6cm. Ayah masih setia menemani ibu..langsung tak lekang dan sentiasa memegang tangan ibu sepanjang ibu di labour room walaupun ayah awak mengantuk yang amat sangat..kasihan ayah awak, dia menahan mata dari terlelap..kadang-kadang buat ibu ketawa..ayah awak memang lucu orangnya.. Hehehe

Dalam labour room, ibu dipasang segala wayar di perut untuk mengesan heart beat awak..tapi awak tak reti-reti jugak nak keluarkan..sabar jela,.ibu tahan sakit yang amat sayang..demi mu anak ibu tak dapat mengawal perasaan, ibu termenangis di sebabkan kesakitan akibat contraction yang smakin     lama semakin kerap..Azan zohor berkumandang, awak masih lagi tak nak keluar, ibu redha dan ayah awak masih setia menemani ibu..ayah awak memujuk ibu untuk solat zohor di hospital itu jugak,tapi tangan ayah enggan ibu lepaskan, kesian ayah kan? Ibu takut ibu tak kuat bila ayah awak tiada disisi, akhirnya dengan berat hati ibu benarkan jua, bukaan ketika itu baru 7cm..peritnya memang tak dapat di tahan..sakit perit semua ada..

Jam 3 petang nurse menasihatkan ibu mengambil epidural untuk mengurangkan kesakitan..dengan berat hati ibu bersetuju untuk disuntik pada tulang belakang, ibu ingat ibu mampu tanggung sakit rupanya ibu gagal..sekali lagi nasib ibu, epidural yang diberi tak memberi kesan langsung pada ibu kerana ada masalah teknikal di mana wayar tidak bersambung elok di belakang badan ..Maha suci Allah..ibu terus menahan kesakitan..bukaan ketika itu adalah 8cm..

Ibu terus diuji, setiap cm bukaan mengambil masa kira-kira 1jam..ini habuan untuk ibu..walaupun begitu ibu redha sebab ayah awak banyak bisikkan kata-kata semangat supaya ingatkan awak Orked. Ibu jadi kuat..waktu getir ini ibu hanya berserah pada Allah sayang.. Sakit nya tak dapat ibu gambarkan, insyaAllah suatu hari nanti awak juga akan merasa sakit bersalin ini bila melahirkan cucu ibu nanti.. Tapi itulah harga seorang ibu melahirkan anaknya dan kemudiannya diampun segala dosanya yang lepas.. This is all the price i've to pay..Doktor sekali lagi memberikan ubat tahan sakit kepada ibu..Alhamdulillah sakit ibu berunsur kurang selepas itu.

Alhamdulillah setiap kesakitan yang ibu tanggung disulami ayat-ayat Al-Quran yang diperdengarkan di dalam labour room itu..Syukur sangat ayah awak memilih Az-Zahrah, hospital islamik di daerah Bangi, Selangor ni. Ibu juga berterima kasih pada nurse-nurse di sana yang penuh dedikasi dan baik menenangkan ibu sepanjang ibu di labour room. Setiap kali ibu membaca doa Nabi yunus ketika di dalam ikan nun setiap kali ibu berasa kurang kesakitannya..Alhamdulilah..

Jam 4 petang ke 5 petang bukaan sudah menjejak 9 1/2 cm..Bayangkan dalam tempoh itu ibu berasa sangat teruja untuk meneran dan nak lihat awak..tapi nurse suruh menunggu sehingga bukaan 10cm..kesabaran ibu sangatlah nipis sayang, sudahla kesakitan di seluk tersangat perit, Allahu Akbar! Bukaan jejak shj 10cm Doc Noraini terus masuk ke labour room dan bersiap sedia..Ibu tak ingat berapa kali ibu teran untuk keluarkan awak tapi Doc Noraini cakap kepala awak tinggi..ibu langsung tak paham kenapa boleh jadi begitu..ibu langsung tak berasa letih untuk 'push' berkat memakan kurma dan air zam-zam barangkali, tapi awak taknak juga keluar..

Doc Noraini terus cuba dan mencuba dengan menggunakan vakum untuk menyedut awak tapi masih gagal..koyakan di bawah turut di gunting, tapi awak masih gembira di dalam..setelah hampir sejam Doc Noraini menasihatkan ibu & ayah supaya di bedah..YA Allah hanya Allah sahaja tau perasaan ibu..sudahla divakum dikoyak, ditambah pula dengan membedah ceaserean di bahagian perut..bertambah-tambah sakit..Tapi kami redha demi nak mengeluarkan awak bimbang awak lama-lama di dalam boleh mendatangkan bahaya..ibu kemudiannya di sorong ke bilik pembedahan dan kali ini ayah awak tak dapat ikut..ayah sempat mengucup dahi ibu dan memberi kekuatan..sedih sangat ;(

Tepat jam 6.36 petang awak dilahirkan..sebelum itu ibu diberi bius dan masih lali..ketika nurse menunjukkan awak pada ibu, ibu masih kelalian dan mengantuk seperti pandang xpandang sangat..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar,ibu sempat dengar seorang nurse cakap, "patutla tak boleh keluar tadik sebab tembam sangat,comell", hehe dan Doc Noraini memberitahu "husna, anak awak sempurna Alhamdulilah dan beratnya adalah 3.8kg" Dalam mamai2 ibu masih tak percaya anak ibu sebesar itu patut la awak tak dapat keluar tadi, alahai terima kasih Allah atas semua kurniaan ini ..ayah awak kemudian dipanggil masuk dan mengazan dan iqamat di telinga awak..agak terkilan sebab ibu tak dapat nak cium awak masa awak masih dengan darah dan lendir seperti dalam
cerita drama-drama tu..takpe mungkin ibu akan alaminya dekat adik awak nanti insyaAllah siapa tahu kan..hahahahaha

Ibu kemudiannya di bawa ke katil ward..ibu nak awak tau, ayah awak memang
powerrrrr sebab layan ibu tip top, semua ayah buat tau! Kalau ayah awak takde, memang ibu tak dapat buat semua tu! Love u ! Walaupun sakit masih terasa, ibu berasa puas dan gembira sebab dapat hadiahkan awak untuk ayah..hehe..hadiah paling berharga dan tak ternilai..

22  Mac 2014--
Kemudian hari berikutnya, ibu dah sihat sikit baru nurse membawa awak jumpa ibu..Lama ibu tahan sabar nak jumpa anak ibu buat pertama kali pegang dan cium tau..masa nurse bawak awak dalam bekas bayi itu, ibu tahan sebak..tak sangka sebesar, secantik dan sesempurna ini ciptaan Allah yang berada dalam perut selama 39 minggu.. Syukur sangat! Berat awat 3.8kg, panjang awak 54.5cm (sangat tinggi ikut siapa tah ni, ibu ayah comel je,hehe), lilit kepala 35cm, kumpulan darah A ikut ayah awak! Yeay..mesti ikut perangai ayah ok, bijak dan disiplin..tapi tolong jangat gigit kuku plsss...hihihihihi ;p

Sabtu pagi sehingga ke malam, ibu diziarah oleh Atuk, maktok jb, tacik, auntie timah, uncle emy, dan spupu awak kakak Mia..mak teh, pakteh dan cousin awak pun ada sama, abg azim,abg muiz, kak auni dan kak aira..Tok wan dan tok ciha xdapat datang sebab tak sihat..kawan ibu ayah, ummi sue dan uncle Nuar pun ade..

23 Mac 2014--
Ahad petang, ibu dibenarkan pulang selepas ibu dan awak sihat, Alhamdulillah! Terima kasih tak terhingga buat semua doc dan nurse yang baik hati menjaga ibu dan Orked dengan penuh sabar..Hanya Allah dapat membalas jasa kalian amin! Nanti adik awak klau diberi rezeki lebih insyaAllah ibu akan kesini juga..terima kasih!

Untuk awak Orked Nurtihani (Orked Cahaya Kebahagiaan dan Keberkatan),

Ibu harap awak jadi anak yang baik dari segi akhlaknya, bijak akademik dan bijak berfikir, solehah untuk diri awak dan kita semua, dan jadilah penyejuk mata ibu dan ayah Insya Allah, ameen! Setiap kali awak nak buat apa-apa, bacalah coretan ibu ini untuk ingatkan awak betapa ibu dan ayah bersusah untukmu sayang, betapa ibu ayah sayang awak tiada sempadan! Semoga kita sentiasa berada dalam iman, dilindungi dan sentiasa dirahmati Allah!

*ketika ibu type coretan ini, umur awak baru 69hari..dan awak tengah tidur di dalam buai..Orked Nurtihani, ibu sayanggggggggggggggg awak! Eeeemmmuaaaaaahhhhhhh... :x


klik lagi la..