12 November 2014 (Rabu) Perginya Abang Sulungku Mengadap Ilahi | HusNaLaliNk Official Blog

Tuesday 2 December 2014

12 November 2014 (Rabu) Perginya Abang Sulungku Mengadap Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya, perit untuk kami sekeluarga untuk menerima berita kematian secara tiba-tiba..Allah Maha Besar!!




Tak pernah aku duga untuk membaca kisah menyayat hati sebegini terjadi kepada keluarga aku di sosial media dan surat khabar..secara tiba-tiba..Perginya arwah tanpa tanda atau sebarang perkara pelik..Perginya arwah tanpa menyusahkan sesiapa terutama isteri dan anak-anaknya..

Tapi aku cukup terkilan kerana tak dapat berjumpa arwah pada Raya Haji yang lalu kerana turn aku beraya adalah di sebelah suami..Serius aku rasa ralat tak balik Perlis..dan lagi ralat aku tak dapat melihat wajah terakhir arwah sebelum ditutup dengan kain kapan...

Tiada lagi ingatan dan kenangan untuk aku..Aku sampai dari kl ketika imam sedang membaca talkin..sedihnya tak dapat aku gambarkan..macam nak marah dengan diri sendiri tapi siapala aku untuk mengubah takdir.

Arwah seorang abang yang baik, panggilan manja kami sekeluarga adalah BANG E..Lepas ni tiada lagi gelak tawa :(   Seorang peminat tegar COC, penyokong MAN U, sukakan kucing parsi dan seorang abang yang suka buat kelakar..

Rentetan sebelum insiden ini terjadi adalah sangat mudah.. 

Abang aku seorang penyelia (supervisor) di kilang WD di Penang bukan pekerja kilang biasa seperti yang dicatat oleh HARIAN METRO ONLINE di atas, selalunya arwah pergi awal ke kerja , tapi pada hari kejadian arwah pegi sedikit lewat kerana hujan dan arwah menunggang motosikal, dan nak dijadikan cerita kebiasaan arwah selalu masuk ikut pintu belakang, tapi pada hari kejadian arwah menggunakan pintu hadapan..

Kawan-kawan arwah sempat mengelak tapi arwah tak sempat melarikan diri dari runtuhan bumbung tersebut..Sungguh berat ujian ini untuk kakak ipar ku yang tidak bekerja dan anak-anak yang kesemuanya 4 orang, tiada tempat bergantung..Perginya arwah, tidak diduga..






YA ALLAH, Kau ampunkan segala dosa-dosanya, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman disisiMU, AMIN..In Sha Allah, Damailah Bang E di sana menemani MAK kita...YA ALLAH JAGAKAN MEREKA UNTUK KAMI YA ALLAH..KU MEMOHON!
Kami semua akan mendoakan kesejahteraan Bang E dan MAK..Semoga ketemu di alam sana ya..
Adik rindu BANG E dan MAK!

SERIUS, 2014 merupakan tahun paling sedih buat aku dan keluarga... :(

HASBUNALLAHU WANI'MALWAKEEL (Sufficient for us is ALLAH, He is the best Disposer of Affairs)

Alfatihah..
AMIN...

8 comments:

  1. semoga arwah abang & mak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. amin

    ReplyDelete
  2. Innalillah... kudroh Allah tak siapa mampu menahan. Moga rohnya dicucuri rahmat Allah.

    Salam takziah dari kakak

    ReplyDelete
  3. Salam takziah sis husna.
    Moga arwah emak dan abang sis ditempatkan di kalangan orang-orang yang DIA kasihi.

    Be strong and take care. Moga dipermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  4. Salam husna... sedih akk membacanya. Takziah dan tabahkan hati ya. Semoga roh mereka berada dalam kalangan mereka yang beriman. Amin...

    ReplyDelete
  5. terima kasih farhana dan kak dell.. aminnnnn

    ReplyDelete
  6. sesungguhnye kematian itu akan dialami oleh semua orang.. cuma kita tidak tahu bila..dimana...bagaimana....

    oleh itu kita yg masih hidup nih.. bersedia utk menghadapi kematian... dan berdoa kepada yang telah pergi dulu....

    moga ALLAH memberkati dan merahmati kita semua.....

    ReplyDelete


السلام عليكم و رحمة الله

klik lagi la..