HusNaLaliNk Official Blog: October 2013

Monday 21 October 2013

Bantal best untuk ibu mengandung "Pregnancy Pillow"

Assalamualaikum WBT

Peringatan!
Pos ini untuk mak-mak, ibu-ibu, mommy-mommy, ummi-ummi yang sedang mengandung dan ingin mencari bantal untuk mengurangkan kesakitan terutama di bahagian belakang badan apabila berbaring ye??... >__<

Hus dengan berbesar hati nak cadangkan satu kedai online yang hus jumpa di FB yang menjual pregnancy pillow dan nursing pillow yang best sesuai untuk pregnant mom di luar sana yang menginginkannya..

Setelah berhari-hari survey merata tempat, dan selak setiap helaian blog di internet akhirnya, hus jumpa kedai online shop ni..Alhamdulillah sangat ceria dan baik pemiliknya..kedai online di FB tu namanya Raziq Good Store.

 

Kelebihan pregnancy dan nursing pillow di Raziq Good Store :

1 - 100% isi bantal adalah Kekabu dan sarung bantal juga 100% cotton.. Kekabu sangat best sebab bila dah lama-lama pakai bantal jadi sejuk dan bantal kekabu yang telah kempis boleh di gebukan kembali dengan cara menjemurnya di panas terik.

2- Sarung bantal nya boleh di tanggalkan untuk di basuh kalau-kalau ada peta Malaysia kat atas tu..hehehe

3- Harganya berpatutan jika korang ambil dua bantal sekaligus (pregnancy pillow dan nursing pillow) dengan harga pakej iaitu RM250 sahaja termasuk free postage. Kalau korang nak pregnancy pillow sahaja cuma RM200 dan nursing pillow pula RM75 termasuk pos..

4- Banyak pilihan sarung bantal ikut kaler yang korang suka...contoh seperti di bawah..Kalau nak tengok corak lain pergi ke FB Raziq Good Store ni okeh..




Okey...itu sahaja yang hus nak kongsi kat sini..Alhamdulillah dengan adanya bantal ini boleh mengurangkan sakit kat belakang terutama bila nak berbaring dan tidur.. hus punya yang polka dot hitam kat atas ni..nampak macam cik ULAR pun ada..hahahahahaha..

dan yang paling penting bukan ibu mengandung yang suka..bapak nya akan tumpang sekaki.. Nampak tak permainan dia kat situ? Hahahaha..hubungan suami isteri akan lebih mesra dengan wujudnya bantal ini..Sharing is caring and loving kan? hahahahahha...

Bantal ini kawan hus yang belum berkahwin pun nak beli dan try jugak.. Katanya nampak macam best..Tapi kenyataan memang bantal ni Sangat AWESOME! yeayyy...

okeyla itu saje nak kongsi..
Jumpa lagi untuk entri seterusnya..

*am blessed mom*

MY new ME

Assalamualaikum WBT...

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...hey....
Dulu ku sorang sekarang dah 2orang..
Dulu-dulu ku menderita...
Sekarang aku bahagia...
Alhamdulillah......

(ok uolss sila nyanyi versi TEGAR, Ok?)
 hahahhahahaha

 ***

Well, lama sudah tak mengupdate blog yang bewarna-warni...biasalah PEMALAS! sekarang bertambah-tambah PEMALASnyeee! Apa mau jadi HUSNA oiii?? 

Just wanna share my new me..awwww
*happy mom to be*
Syukur pada Allah kerana memberi peluang pada diri ini bergelar seorang IBU insyaAllah..
Dah lama nak kongsi berita baik ni tapi risau if everything happen kan?
Nampak agak gigih untuk ambil gambar ni dan ini merupakan KALI PERTAMA hus amek gambar sendiri dengan perut yang sudah maju ke hadapan dan gambar ini juga hus tak kongsikan dengan sesiapa pun di fb atau di instagram, nampak tak permainan dia kat situ, kiranya sapa yang baca blog ini sahaja yang tahu..Nampak macam poyo pulak..Eh ingat ko retis ke HUSNA??? >__<


Hidup sebagai seorang yang lain dari dulu ini memang cukup mencabar..
terpaksa mengharungi sakit belakang, sakit pinggang, dan urat menegang..tapi syukur aku tak mengalami muntah yang teruk dan morning sickness yang melampau..
Mungkin, Baby faham IBU dan BABAH dia pjj, jadi dia jadi budak baik..
Well done, baby! Thanks you Allah!

***

am blessed mom

klik lagi la..