HusNaLaliNk Official Blog: December 2014

Tuesday 2 December 2014

12 November 2014 (Rabu) Perginya Abang Sulungku Mengadap Ilahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya, perit untuk kami sekeluarga untuk menerima berita kematian secara tiba-tiba..Allah Maha Besar!!




Tak pernah aku duga untuk membaca kisah menyayat hati sebegini terjadi kepada keluarga aku di sosial media dan surat khabar..secara tiba-tiba..Perginya arwah tanpa tanda atau sebarang perkara pelik..Perginya arwah tanpa menyusahkan sesiapa terutama isteri dan anak-anaknya..

Tapi aku cukup terkilan kerana tak dapat berjumpa arwah pada Raya Haji yang lalu kerana turn aku beraya adalah di sebelah suami..Serius aku rasa ralat tak balik Perlis..dan lagi ralat aku tak dapat melihat wajah terakhir arwah sebelum ditutup dengan kain kapan...

Tiada lagi ingatan dan kenangan untuk aku..Aku sampai dari kl ketika imam sedang membaca talkin..sedihnya tak dapat aku gambarkan..macam nak marah dengan diri sendiri tapi siapala aku untuk mengubah takdir.

Arwah seorang abang yang baik, panggilan manja kami sekeluarga adalah BANG E..Lepas ni tiada lagi gelak tawa :(   Seorang peminat tegar COC, penyokong MAN U, sukakan kucing parsi dan seorang abang yang suka buat kelakar..

Rentetan sebelum insiden ini terjadi adalah sangat mudah.. 

Abang aku seorang penyelia (supervisor) di kilang WD di Penang bukan pekerja kilang biasa seperti yang dicatat oleh HARIAN METRO ONLINE di atas, selalunya arwah pergi awal ke kerja , tapi pada hari kejadian arwah pegi sedikit lewat kerana hujan dan arwah menunggang motosikal, dan nak dijadikan cerita kebiasaan arwah selalu masuk ikut pintu belakang, tapi pada hari kejadian arwah menggunakan pintu hadapan..

Kawan-kawan arwah sempat mengelak tapi arwah tak sempat melarikan diri dari runtuhan bumbung tersebut..Sungguh berat ujian ini untuk kakak ipar ku yang tidak bekerja dan anak-anak yang kesemuanya 4 orang, tiada tempat bergantung..Perginya arwah, tidak diduga..






YA ALLAH, Kau ampunkan segala dosa-dosanya, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman disisiMU, AMIN..In Sha Allah, Damailah Bang E di sana menemani MAK kita...YA ALLAH JAGAKAN MEREKA UNTUK KAMI YA ALLAH..KU MEMOHON!
Kami semua akan mendoakan kesejahteraan Bang E dan MAK..Semoga ketemu di alam sana ya..
Adik rindu BANG E dan MAK!

SERIUS, 2014 merupakan tahun paling sedih buat aku dan keluarga... :(

HASBUNALLAHU WANI'MALWAKEEL (Sufficient for us is ALLAH, He is the best Disposer of Affairs)

Alfatihah..
AMIN...

Monday 1 December 2014

19 September 2014 (Jumaat) Kehilangan MAK yang ku kasihi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Hampir 2 bulan 11 hari MAK yang aku kasihi pergi meninggalkan kami sekeluarga..Terasa masih baru mengucup MAK di dahi dan pipi semasa jasad MAK kaku dan pucat sebelum kain kapan yang putih bersih menutupi jasad ibu buat kali terakhir..Ketika itu jua air mata tak berhenti mengalir, kelopak mata mengembang dan membengkak mengenangkan aku kehilangan satu-satunya MAK yang melahirkan aku ke dunia..

Namun aku REDHA Ya Allah..

MAK pergi ketika aku tiada di sisi memandang aku baru kembali ke Selangor dari melawat MAK di hospital Tuanku Fauziah selama hampir seminggu..selama di hospital MAK sudah tidak mengenali sesiapa cuma mampu melihat dengan pandangan yang panjang, MAK jugak tak mampu makan dan minum seperti biasa, hanya minum SUSU melalui tiub yang disediakan.. Sebak nya..

Strok MAK kali ini adalah strok ke-3 dan strok kali ini yang paling teruk..

Dalam masa seminggu menjaga MAK bergilir-gilir dengan kakak dan abangku, aku serius tak menyangka bahawa kali ini merupakan kali terakhir aku akan memanggil panggilan MAK di dunia..Panggilan telefon dari kakak ku KAK WI pada waktu Maghrib menyuruh kami bersiap-siap untuk pulang ke Perlis merupakan titik tanda bahawa aku bakal menjadi anak yatim..katanya MAK dan NAZAK..

Allahu Akbar...dan dalam tempoh aku mengemas barang untuk pulang, sekali lagi panggilan dari kampung mengatakan bahawa MAK sudah tiada, sudah pergi mengadap kekasihNYA yang SATU..pergi meninggalkan kami semua, pergi untuk selama-lamanya, dan pergi takkan kembali..

Sungguh hati dan jantung menjadi kecut, kecik mendengar berita yang memang sudah aku jangkakan..dan dalam keheningan malam ke pagi, aku dengan deraian air mata pulang bersama suami dan selamat sampai ke Perlis lewat pagi..Namun, aku sungguh REDHA kerana Allah mengambilnya dari kami memandang kami sekeluarga tak sanggup melihat keuzuran MAK semasa di hospital..dan kata doktor MAK akan selamanya bergantung kepada susu dan tiub jika umurnya panjang..Peritt dan Sedih untuk kami terima..

Kami adik beradik anak mak yang seramai 6 orang memandikan MAK di bantu oleh orang-orang kampung..Semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..Muka MAK seperti tersenyum kepada kami..

Buat MAK, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Darus, damailah dan amanlah MAK di sana di samping orang-orang yang beriman, kami adik beradik takkan lupa mendoakan dan mensedekahkan Al-Fatihah untuk MAK di sana..Semoga kita dapat bertemu di dunia satu lagi jika diizin Allah S.W.T
Betapa adik rindukan MAK, hanya ALLAH sahaja yang tahu..

Ya Allah, jagalah MAK ku di sana..
AL-Fatihah.......
Amin...


Al-Fatihah MAK





klik lagi la..