HusNaLaliNk Official Blog: November 2013

Friday 22 November 2013

My 1st Wedding Anniversary..

Assalamualaikum WBT...

Hai semua...
Hari ni Husz malas nak taip pepanjang sebab tangan lemah sangat sebab dua kali kene injek T_T
Demi mu wahai Anak..kena ambil darah untuk check ade diabetes ke tak..harap tak hadoooo laaa yea..tunggu 2 minggu lagi..
tapi yang bestnye aku dah balunnnnnn suku benda alah yang menggiurkan di bawah ni 2 @ 3 hari lepas sebelum pergi check pagi tadi, nampak tak kebijakan... T_T
Memang suka sangat carik pasal...
APA NAK DIKATA OIIII..
Time makan buat lupa-lupa ingat..

Pastu menyesal, terus cari air masak dan telan banyak-banyak...
ini semua salah Secret Recipe sape suruh buat promosi (-RM16 dari harga asal sebiji kek)
Sape tak geramm...bukan aku je kot..eh sempat pomot kan..

Caption kat atas memang macam takde kene mengena dah ni..
hahhh pedulikkkk...

Ini la tarikh masa Husz main kawen-kawen setahun yang lalu...
Syokkk oiii macam artis sangat semua nak bergambo ngan Husz masa ni dengan 'flash' kamera bagai.. =p
jom baling ke belakang tarikh keramatku..

09/11/12 - Tarikh kami diijabkabul
10/11/12 - Tarikh kami di raikan dengan suasana yang sederhana namun meriah
Alhamdulillah

*** Terima kasih Allah kerana memberi kami kebahagiaan ini..
Semoga kebahagiaan ini kekal berpanjangan sehingga jannah..
Amin Ya Rabb.

 
 

Wednesday 13 November 2013

November oh November...be wonderful to me!

Assalamualaikum WBT..

Banyak betul pahit manis yang berlaku dan akan berlaku dalam bulan ni NOVEMBER!!



Okeyla..Aku cerita yang pahit dulu ya..

1 - Bulan ni aku diWAJIBkan berhempas pulas menyiapkan slide dan abstrak untuk pembentangan Seminar Proposal PhD yang akan berlangsung tidak lama lagi..Okey terus rasa seram sejuk nerveous bagai.. Mana taknya aku banyak buat salah. Salah satunya aku belum jumpa Supervisor aku semester ni. Mesti dia merinduiku (hahahahaha) Bukan taknak jumpa tapi bahan yang aku dapat seperti belum mencukupi untuk aku mengadap beliau.. Sedih bukan.. ditambah pula dengan alahan masa mengandung ni 'PEMALAS'..ok ini bukan auta ok..Insya Allah dalam masa terdekat akan di selesaikan SEGERA! Baby please help IBU ok..

2 - Dua hari lepas juga aku mendapat berita dari keluarga mertua yang Bapak Mertua aku melecur badannya dari pinggang ke atas akibat terkena letupan dari botol petrol yang meletup secara tiba-tiba semasa ayah mertua tengah membakar sampah..Sedih betul..Nasib ada abang ipar yang cepat bantu dan bawanya ke ER.. habis melecur satu badan.. Jadi, minggu ini kami akan pulang ke JB! Harap ayah mertua selamat. AMIN!

3 - Minggu depan aku kena 'minum air gula'.. Kalau ibu-ibu mengandung tau la ape aku maksudkan ni..Aku risau sangat takut la kalau TER suspek diabetes selepas minum air gula ni dan juga risau kalau aku juga ada darah tinggi semasa mengandung. Aku tau ibu mengandung senang mendapat 2 penyakit tu walaupun sebelum ini tak pernah ada penyakit langsung. Satu lagi mak aku ada dua penyakit tu..semakin bertambah kerisauan di hati.. Ya Allah minta kau permudahkan dan jauhkan aku dari segala penyakit tu. AMIN!

Kisah manis pula..

1 - Aku dan hubby pergi scan details our precious dan Alhamdulillah semuanya cukup sifat..sempurna sungguh ciptaan Allah..SubhanAllah..dan sangat aktif..gerak sana gerak sini sehingga mengganggu kerja Doktor semasa nak scan tu.. dan berita paling manis, kami juga tau jantina our precious ni..tapi surprise dulu lah...hehehehe Alhamdulillah aku nampak hubby sengih memanjang semasa Doktor tunjuk jantina baby sulung kami..Alhamdulillah terima Allah!

2 - Bulan ni juga kami berpindah ke rumah sewa baru Alhamdulillah juga sebab rumahnya sangat selesa fully furnished dan rumah itu sudah siap direnovate plus kami dapat harga sewa yang sangat murah.. Yang penting rumah bawah bukan lagi apartment seperti sebelum ini. Syukur ini mungkin rezeki baby..dan yang paling penting tiada lagi JAMMED! Pergi balik UPM sudah tiada stress! Terima kasih sekali lagi!

3 - Kami juga sudah menyiapkan beberapa persiapan awal untuk menyambut our little precious ni..Baju rompers nya, sarung tangan dan kaki, botol susu dan alas tilam untuknya.. yang lain belum lagi mungkin minggu-minggu yang seterusnya.. gembira memang sukar digambarkan dengan kata-kata betapa besar kegembiraan dan anugerah Allah kepada kami..


Kurang sikit stress selepas cerita kat blog ni..okeyla nak sambung siapkan bahan-bahan untuk pembentangan. harap-harap semuanya berjalan seperti yang dirancang dan dipermudahkan ALLAH SWT. AMIN! Doakan aku! caiyok-caiyok HUSNA!






klik lagi la..