Salam Raya Aidil Adha 2017 | HusNaLaliNk Official Blog

Wednesday 6 September 2017

Salam Raya Aidil Adha 2017

Assalamualaikum..
Hampir seminggu baru aku nak update pasal raya qurban kali ini, yalah kesempatan yang ada kita kenalah gunakan sebaik-baiknya dengan orang yang kita sayang terutamanya keluarga, kalau boleh elak, elakkan lah dari memegang telefon kang kecik hati keluarga kita tu tapi kalau dah berbisnes online memang tak dapat elaklah kan..

Turn raya kali ni adalah di Perlis, kampung kecilku yang indah permai lagi mempersona 😋  Cuaca di Perlis kali ini sangat panas, fuhhh mencanak-canak kepanasan dia seperti di dalam oven, bahang dia terasa menggigit kulit.

tapi raya kami tetap meriah..Alhamdulillah kali ini semua adik beradik balik ke kampung..gembira bukan kepalang kerana peluang begini tidak selalu terjadi sebab masing-masing ada komitmen dengan keluarga mertua masing-masing.

Tahun ini aku tak berkesempatan nak buat Qurban, tak ada rezeki nak buat seperti tahun-tahun yang sebelumnya, selain itu keadaan abah aku yang kurang sihat kerana strok haba dan jantung tempoh hari juga salah satu punca kenapa tak buat qurban. Semoga Abah terus SIHAT! 💙

Gambar-gambar Orked Nurtihani bersama sepupu sepapatnya di kampung..

Bersama Abang Wafiy, Abang Waiz dan abang kambing kat belakang

Cepat sungguh depa membesar

Rasmi pelamin bersama Acik Aira di kenduri kahwin kak Aasiyah

Kakak Auni yang malu-malu kucing

Gambar hero-hero yang bertungkus lumus membantu abahanda melapah daging..

Baju putih tu abahanda tersayang


sebelum di sembelih ada seseorang sempat menciumnya

Okey gambar bawah ni yang paling epic bagi aku 😂 agak mengejut tindakan oleh Achiss..😆😂

Cubaan memeluk oleh anak buah aku Wazif aka ACHISS

 Ciuman di pipi oleh Achiss dengan muka redha si kambing

Penuh kasih sayang kucupan itu, di syurga dah si kambing ni
Gambar raya satu keluarga lupa ambik, terlupa teruss..alahai..sabar sajalah..

Menu raya sudah tentu sup tulang gear box, sup tulang keting, gulai daging, nasi himpit, kuah kacang, dan ayam masak merah bersama menu WAJIB ketupat daun palas yang tak pernah mengewakan..tapi tiada gambar sebab memang tak pegang hp masa nak makan sebab sibuk dengan kerja di dapur..huuu

Walaupun besederhana tetapi tetap meriah dengan adanya anak-anak buah, riuh rendah kat kampung, Alhamdulillah walaupun jauh, tapi semuanya tetap di hati..sayang semua.. AL-FATIHAH untuk MAK dan ABANG E..rindu sangat..

💘  Terima kasih sudi baca 💘

No comments:

To Use A Smiley In Your Comment, Simply Add The Characters Beside Your Choosen Smiley To The Comment: :)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment


السلام عليكم و رحمة الله

klik lagi la..