2012 - 2013 | HusNaLaliNk Official Blog

Wednesday 16 January 2013

2012 - 2013

Alhamdulillah...aku masih lagi bernyawa di planetmu Ya Allah..Amin...

Sesungguhnya tahun 2012 memberikan satu juta nikmat yang tidak terhingga buat diri aku..segala percaturanMu ku sambut dengan syukurrrr Alhamdulillah...Bukan itu sahaja, aku juga ingin memulakan hidup yang baru bersama entri yang batu..Ajari aku Ya Allah..Ajari aku untuk terus tidak melakukan dosa padaMu..

Aku percaya semua yang kau titipkan buatku ini adalah augerah yang tidak terhingga setelah kesabaran ku selama ini diuji olehMu..Namun, di sebalik anugerah kau titipkan juga ujian untuk aku mungkin untuk aku terus mengingatiMu..aku redha Ya Allah..

Bermula dengan permulaan 2012..aku sekali lagi berjaya menjadi pelajar untuk terus menerus menggali ilmu yang setitik cuma...kemudian, pertengahan tahun aku di risik dan intai oleh seseorang seterusnya tanggal 09.11.12 aku dengan jayanya menjumpai pemilik rusuk kiriku..10.11.12 kami diraikan dengan bersederhana tetapi meriah..

Terima kasih tidak terucap buat keluargaku di Perlis dan keluarga mertua di Johor Bahru kerana membantu dan berpenat lelah demi meraikan kami..Hanya Allah sahaja dapat membalasnya..terima kasih jua kerana menerima kami seadanya dalam keluarga masing-masing dan merestui kami..

Semoga jodoh dari Allah ini terus kekal hingga jannah..Amin..





3 comments:


السلام عليكم و رحمة الله

klik lagi la..