Keep it secret! | HusNaLaliNk Official Blog

Wednesday 16 January 2013

Keep it secret!

Subhanallah, Maha Suci Allah..

Aku nak berkongsi satu kisah yang membuatkan aku berfikir sejenak kenapa dan mengapa Allah menguji aku...Mungkin benar Allah masih sayangkan aku kerana apa yang berlaku aku rasa ada hikmah di sebaliknya..

Tanggal 31/12/2012.. Aku diuji dengan satu kes pecah rumah...Rumah yang aku diami di Lestari Perdana, Seri Kembangan telah dipecah masuk..MasyaAllah..aku hampir hilang keupayaan untuk berjalan dan bercakap, aku hanya mampu menangis..

Aku percaya kejadian itu didalangi oleh sekumpulan Bangladesh yang juga tinggal di kawasan berdekatan dan kes ini aku kira sudah dikenalpasti oleh penyamun tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan projek gila nya..

Walaupun tv led aku hilang, aku mampu tersenyum kerana apa yang mereka kehendaki iaitu emas dan duit tiada dalam rumah tersebut dan kebetulan hari tersebut aku membawa semua barang-barang berhargaku bersama termasuk laptop, ipad. Percaturan Allah itu hebatkan dan kebetulan lagi aku tiada di rumah sewaktu kejadian berlaku.

Aku langsung tidak berkongsi dengan sesiapa tentang kisah 'sakit ini' tapi sekarang aku berasa lega kerana dapat meluahkan segala-galanya..To those who read this, please keep it as secret,tq! Aku tidak  mahu ingatinya kembali.. :)

Kepada penyamun tersebut, syabas aku ucapkan kerana kau berjaya mencuri yang bukan hak kau..dan aku percaya Allah itu Maha Adil dan Saksama..Sekali kau curi, mungkin sebanyak-banyaknya yang kau punya akan hilang..



When police came....


Hilangnya satu harta dunia..


Bilikku disepahkan.. :(

6 comments:

  1. Dasat juga ya. Nasib baik awak takde kat rmh, kalau tak lbh teruk akibatnya. Dah dpt cari rmh sewa lain?

    ReplyDelete
  2. syukurlah ko xde kat rumah masa kejadian tu..barang hilang xpe buleh beli yg baru

    ReplyDelete
  3. Kak dell ; Alhamdulillahh dah dapat rumahh..umah blakang mcd dekat area umah akak tue..hehehe..partially furnished lg..Allah nak tolong sy kot

    ReplyDelete
  4. Redza : itulaa yang orng lain ckp dan polis yang menyiasat tu ckp,,tapi aku xrasa dia nak harm aku..dia just nak duit kot..tapi Allah lebih mengetahuinya kan..ckp psl brg boleh dibeli..huwaaaaaaaaaa...sedihh wooo....tv tue klau murah takpo..ni mahal gakk...kayapppppp daa.. :(

    ReplyDelete
  5. lah mintak je en somi ko belikan 2,3 bijik hihi

    ReplyDelete
  6. Hamboiii..kalau suh dia belikan..maksudnya yang lelain kena deduct jugak..hahaha..kenot kenot..

    ReplyDelete


السلام عليكم و رحمة الله

klik lagi la..