Life Is a Word: January 2013

klik sana sini..

Friday, January 18, 2013

Jika sudah 'jodoh' mereka...

Subhanallah...itulah saja yang mampu aku ucap selepas aku dan suami berjaya memberi ruang untuk mereka saling kenal mengenali di antara temanku (my gff) dengan teman suamiku (bff) merangkap pengapitnya di majlis kami dulu..

Tujuan aku hanya satu, mahu melihat orang yang kami sayang bahagia seperti kami..Teman yang aku maksudkan ini merupakan salah seorang teman baikku dari zaman degree, master dan sekarang Phd..alhamdulillah kami masih baik..

Teman atau pengapit suamiku pula, teman baikkan dari zaman sekolah rendah sehingga sekarang..terlalu lama hubungan mereka dan Alhamdulillah pada mulanya aku yang memulakan rancangan nakal aku selepas berbincang dengan suami..

Aku 'suggestkan' teman baik ku utk teman baik suamiku di facebook..ohh cinta muka buku pulak..Pada mulanya, gff aku malas layan mungkin malu..well perempuan kan..akhirnya mungkin jodoh sudah 'memanggil-manggil' kot..hehehe

Selepas beberapa bulan dia approve..akhirnya aku dengar sekarang mereka dalam fasa saling kenal mengenali..Alhamdulillah dan Insha Allah kalau tidak keterlaluan aku boleh cakap tak lama lagi mereka akan mendirikan masjid bersama..amin.. semoga kedua-dua teman baik kami beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat..

**kepada sesiapa yang masih single nampaknya boleh berjumpa saya untuk khidmat mencari jodoh...hehehe ;p

New house, new strength

Alhamdulillah...kami sudah dapat rumah sewa baru... Tak sabar untuk balik berpindah..dan sewanya jugak sama dengan sewa rumah lama..jadi, kurang bebanan di situ..Semoga rumah sewa baru ini 'baik' pada tuan barunya ini..Insha Allah..

Rumah lama yang aku pernah duduki sebelum ini sangat baik sebenarnya kerana rumah tersebut di renovate seperti apartment kata anak buah aku, dan aku sangat selesa dengan rumah tersebut tetapi persekitarannya yang membuatkan hati menjadi sedih..

Sebelum kejadian di samun lagi aku sudah mula mencari rumah baru untuk berpindah tapi takde rezeki lagi untuk mendapat rumah yang bagus ketika itu, kalaulah aku mendapat rumah lebih awal mesti kejadian ini takkan berlaku kepada aku..ujiann..ujiann..

Dan bercerita pasal rumah baru pula, teman aku sudah mengambil beberapa gambar untuk tatapan kami memandangkan kami masih di Penang..dan kami sangat suka dengan rumah comel tu..sudah ada sofa, peti sejuk dan kabinet untuk dapur..legaaa sangat..tak payah keluar duit ntuk beli lagi..

Alhamdulillah untuk ini..terima kasih Ya Rabb..

Thursday, January 17, 2013

Spontaneous Thursday part 2



The best part is..glory glory glory..


And the most best part after all...againnnn

We will always walk together Manchester United..always and forever... Hahahaha ;p

Spontaneous Thursday

Aku ada kerna kau pun ada..
Ajari aku tuk setia seadaanya..
Bahagia



*********

Wednesday, January 16, 2013

Keep it secret!

Subhanallah, Maha Suci Allah..

Aku nak berkongsi satu kisah yang membuatkan aku berfikir sejenak kenapa dan mengapa Allah menguji aku...Mungkin benar Allah masih sayangkan aku kerana apa yang berlaku aku rasa ada hikmah di sebaliknya..

Tanggal 31/12/2012.. Aku diuji dengan satu kes pecah rumah...Rumah yang aku diami di Lestari Perdana, Seri Kembangan telah dipecah masuk..MasyaAllah..aku hampir hilang keupayaan untuk berjalan dan bercakap, aku hanya mampu menangis..

Aku percaya kejadian itu didalangi oleh sekumpulan Bangladesh yang juga tinggal di kawasan berdekatan dan kes ini aku kira sudah dikenalpasti oleh penyamun tersebut terlebih dahulu sebelum memulakan projek gila nya..

Walaupun tv led aku hilang, aku mampu tersenyum kerana apa yang mereka kehendaki iaitu emas dan duit tiada dalam rumah tersebut dan kebetulan hari tersebut aku membawa semua barang-barang berhargaku bersama termasuk laptop, ipad. Percaturan Allah itu hebatkan dan kebetulan lagi aku tiada di rumah sewaktu kejadian berlaku.

Aku langsung tidak berkongsi dengan sesiapa tentang kisah 'sakit ini' tapi sekarang aku berasa lega kerana dapat meluahkan segala-galanya..To those who read this, please keep it as secret,tq! Aku tidak  mahu ingatinya kembali.. :)

Kepada penyamun tersebut, syabas aku ucapkan kerana kau berjaya mencuri yang bukan hak kau..dan aku percaya Allah itu Maha Adil dan Saksama..Sekali kau curi, mungkin sebanyak-banyaknya yang kau punya akan hilang..



When police came....


Hilangnya satu harta dunia..


Bilikku disepahkan.. :(

2012 - 2013

Alhamdulillah...aku masih lagi bernyawa di planetmu Ya Allah..Amin...

Sesungguhnya tahun 2012 memberikan satu juta nikmat yang tidak terhingga buat diri aku..segala percaturanMu ku sambut dengan syukurrrr Alhamdulillah...Bukan itu sahaja, aku juga ingin memulakan hidup yang baru bersama entri yang batu..Ajari aku Ya Allah..Ajari aku untuk terus tidak melakukan dosa padaMu..

Aku percaya semua yang kau titipkan buatku ini adalah augerah yang tidak terhingga setelah kesabaran ku selama ini diuji olehMu..Namun, di sebalik anugerah kau titipkan juga ujian untuk aku mungkin untuk aku terus mengingatiMu..aku redha Ya Allah..

Bermula dengan permulaan 2012..aku sekali lagi berjaya menjadi pelajar untuk terus menerus menggali ilmu yang setitik cuma...kemudian, pertengahan tahun aku di risik dan intai oleh seseorang seterusnya tanggal 09.11.12 aku dengan jayanya menjumpai pemilik rusuk kiriku..10.11.12 kami diraikan dengan bersederhana tetapi meriah..

Terima kasih tidak terucap buat keluargaku di Perlis dan keluarga mertua di Johor Bahru kerana membantu dan berpenat lelah demi meraikan kami..Hanya Allah sahaja dapat membalasnya..terima kasih jua kerana menerima kami seadanya dalam keluarga masing-masing dan merestui kami..

Semoga jodoh dari Allah ini terus kekal hingga jannah..Amin..





klik lagi la..