LATEST : Harga SEgram Emas di Kedai Emas Kuala PIlah 2017 | HusNaLaliNk Official Blog

Monday 14 August 2017

LATEST : Harga SEgram Emas di Kedai Emas Kuala PIlah 2017

Assalamualaikum..

Dua hari lepas, husband menunaikan janji beliau untuk ke Kuala Pilah, Alhamdulillah untuk tujuan menggembirakan hati si isteri la, ape lagi kan.. 😂😝 Sebelum ini, kami pernah ke sana untuk tujuan lain tetapi dengan niat nak beli emas la tapi apakan daya, kami pergi hari AHAD, maka semua kedai emas di PILAH tutup..

OK sambung balik...tibanya kami di Jalan Dato Undang Johol tu..maka cari lah parking yang terdekat. Mulanya aku ke Kedai Emas Permata Chang Kwong, ramai betul orang tunggu turn nak membeli, udahla orang yang nak entertain tu 2 orang sahaja, memang tak menang tangan la dia. Tempat duduk pun takda, dan ruang untuk memilih dan meninjau emas di dalam cermin pun takda, sempat aku menjeling di dalam kedainya 

Harga 1gram emas 916 di Kedai Emas Permata Chang Kwong bermula 15/8/2017 adalah RM181/182 (Harga akan berubah-berubah)


maka aku dengan hati tak sabar aku ajak husband ke kedai emas sebelahnya.. Kedai emas sebelahnya adalah Kedai Emas Permata Yuen Shoon, ini gambar pinjam En Google, Aku tak sempat nak ambik gambar bagai sebab tengah mencari parking masa tu.

Pic dari google 

Sampai nye di kedai seperti gambar di atas ni, orang juga ramai tapi masih ada beberapa tempat duduk dan ruang, tapi masih kena menunggu 4 atau 5 orang yang tengah sibuk memilih emas masing-masing.

Harga 1gram emas 916 di Kedai Emas Permata Yuen Shoon 12 Ogos 2017 (tarikh aku beli) adalah RM169, lihat seperti keratan resit seperti di bawah.


Sampai je turn aku, terus aku survey cincin yang aku nak tu lelaju, mana taknya si Orked dah sibuk lapar dan mula nak menunjukkan aksi protes, aku laju-laju pilih dan minta kurang (boleh minta kurang harga tau), dan tolak, darab, tambah, bahagi so aku pilih la si dia yang manis tu menjadi teman jari manisku. Alhamdulillah yang paling puas hati sebab kos upah yang murah, tak sampai RM50 pun. Kos upah mungkin bergantung kepada barang yang di beli, kalau beli rantai atau gelak tangan mungkin kos upah tinggi sikit tapi masih boleh minta untuk kurangkan harga..



Okey, bagi kedai emas lain, aku tak sempat survey harganya, 2 kedai tu je dan satu lagi Kedai Lee Wah GoldSilver (satu-satunya kedai yang ada page di FB) 

Harga 1gram Emas 916 di Lee Wah GoldSilver adalah RM179.14 


Tiga kedai itu je yang aku sempat survey harga seGRAM emas, ye la harga tu penting kot untuk sesiapa yang nak survey harga, at least bila dah tau harga seGRAM dah boleh agak berapa berat boleh grab barang emas tersebut.

Harga seGRAM kalau kedai-kedai emas dalam mall contohnya TOMEI, POH KONG, HABIB JEWELS, dll aku tanya haritu dalam area RM19+.++ hinga ke RM2++.. Banyak sungguh perbezaan harga jika dibandingkan dengan kedai emas tepi jalan di PILAH ni tetapi satu la, kedai yang dalam mall ni semua up to date, design meletop-letop..

Tapi bagi aku selayaknya rakyat marhaen, aku lebih pentingkan harga dari design yang letop-letop tu, design di Pilah ni ada juga yang letop tapi mungkin cepat habis mana taknya macam goreng pisang panas, letak je dah kene sambar dek orang..lagipun banyak kedai kalau rajin, survey la semua kedai nak cari design yang letop-letop tu 😊😉

Oleh itu terimalah muka seposen kami anak beranak yang happy kemain sebab dah berjaya menambah koleksi emas yang di sponser khas dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi oleh husband @ tokey POMADE FRIDAY ROCKy! Terima kasih sayang 💋

Maaf gambar cincin tak dapat nak di kongsikan atas sebab keselamatan 😜(poyo)


💜 Terima kasih sudi baca 💜

2 comments:

  1. wahh harga emas pon byk bezanye antara kedai2 erk.,

    ReplyDelete
  2. @tiga lalat

    yer walaupun kedai sebelah menyebelah harga memang sangat berlainan kena rajin survey baru dapat harga murah dan design yg up to date..hehe

    ReplyDelete


السلام عليكم و رحمة الله

klik lagi la..