Tips Kurangkan Power Cermin Mata Cara Saya! | HusNaLaliNk Official Blog

Thursday, 10 August 2017

Tips Kurangkan Power Cermin Mata Cara Saya!

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, agak membanggakan pabila power spec mata sebelah kiri kau sudah turun dari 1.50 menjadi 0.75.. Power spec untuk mata sebelah kanan maintain 1.50.. dalam hati penuh gusar takut-takut power mata naik!!! itu boleh menambah stress..



Serius agak tak percaya bagaimana boleh menurun power matanya kerana dalam pertimbangan aku, aku lagi banyak melihat laptop sejak akhir-akhir ni kerana mengadap cik thesis ni. Di sebabkan power mata dah turun, maka wajib lah ke atas aku untuk membuat spec baru..yeayyyy

Spec ala-ala korea kononnya..hakhakhak
Mari aku kongsi kenapa power spec mata boleh turun...
Ni tips cara aku ye dan berlaku hanya kebetulan sahaja..
Tips pertama aku syak sebab....

1- Makan Bayam
 - Sila salahkan kedai runcit basah dekat taman aku ni, kebanyakan sayur yang di jual lebih kurang sama saja HARI-HARI, ye aku paham sebab sayur-sayur daun tu memang senang didapati contoh bayam, kangkung! Sayur daun lain memang jarang jumpa, sesekali baru muncul pucuk paku, daun pucuk ubi.. jadi, aku akan tukar-tukar daun tu saja kalau tak kangkung, bayam la menunya, eh bukanlah hari-hari makannya, maksud aku dalam seminggu mesti kami akan makan bayam. Tanpa sedar sayur daun ni KAYA dengan Vitamin A, lutien dan zeaxanthin untuk mata menjadi sihat.

2- Makan Lobak dan Tomato
-Tomato cherry ni sebab dia kecik dan comel jadi menarik untuk dikunyah-kunyah buat kudapan dan tomato besar pula memang aku campak dalam masakan, Suami aku tak makan, jadi kalau aku letak dalam masakan, aku juga yang akan kutip dan makan tomato tu..hahaha..sama keadaan bila makan kat kedai makan..lobak pun sama juga keadaan dia..tapikan yang peliknya, husband aku agak kurang makan sayur, tapi sampai sekarang mata dia clear tak pakai spec dan dia satu-satunya dalam famili yang tak pakai spec..Aku syak sebab dia terlebih breastfeed dulu, mana taknya sampai 3 tahun hehehe..untung beliau..๐Ÿ˜˜

3- Melihat benda-benda hijau biru (warna)
- Oleh sebab aku banyak travel dek kerna bisnes, jadi penglihatan pun jadi luas, bukan warna hijau je semua warna aku dapat lihat dan nikmati dengan pemandangan yang cukup indah di tempat baru yang belum pernah jejak..dan harapnya tahun ni dapat travel jauh sikit luar dari Malaysia ke, harap-harap husband aku baca tips no 3 ni hahahaha...๐Ÿ‘ป

4- Sunning dan Palming
-Sunning ni aku selalu buat bila nak jemur baju di ampai atau gate depan rumah, sambil-sambil jemur baju tu jegil-jegil mata tengok matahari tapi jangan lama kang pening pulak, almaklum panas sekarang ni lain macam sikit bukan macam dulu, aktiviti ni bantu untuk aktifkan semula flex dan otot mata kita.
-Palming pula boleh buat bila-bila masa, just gosokkan kedua-dua belah tapak tangan hingga rasa haba panas pastu cepat-cepat tekup di bahagian mata manja-manja saja jangan ada tekanan kat mata, dan mata jangan bukak tau.

5- Eye exercises ni yang terakhir aku buat bila pergi window shopping..Selalunya senaman ni orang guna jari la atau pensil yang diletakkan di bahagian hadapan penglihatan lepastu fokuskan kepada objek tersebut. Tujuan dia untuk menganjalkan otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata. Bagi aku, lain terapinya pulak, aku hanya perlu pergi ke Mall dan usha baju-baju, jubah-jubah yang cantik dan fokus baik punya tanpa perlu membelinya..hahahaha๐Ÿ˜

Itu semua terapi bagi aku..at the same time, you can low down your stress..Aku buat 5 tips tu secara kebetulan saja..Aku tak sangka apa yang kita lakukan seharian ni rupanya banyak kebaikannya selain selesaikan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis tu hehe..

Okeyla itu saja yang aku nak share..

๐Ÿ’ŸTerima kasih sudi baca ๐Ÿ’Ÿ

8 comments:

  1. bagusnya power cermin mata boleh turun.pernah jugak dengar dulu kena banyakkan makan lobak apa semua.

    heheh samalah I pun suka buat terapi tu. Tapi secara online la. Penat lah nak jalan kat mall. hahaha

    ReplyDelete
  2. terima kasih..hehe harap2 begitulah

    ReplyDelete
  3. Mommy Cici - hehehe..yaa terapi dalam online lagi bagus tapi duit banyak sikit habis sebab akan TERclick itu ini..hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh bestnyer power spec dh turun., x lama lg xyah pakai spec la kann

    ReplyDelete
  5. kena makan bayam banyak2 nampaknya.

    ReplyDelete
  6. tiga lalat - masin mulut tuan hendaknya..insyaAllah kan aminnn..

    Warisan Petani - hehehe..kalau nak lagi cepat..blend bayam tu minum lagi afdhol hehe..

    ReplyDelete


ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆ ุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡

klik lagi la..